Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu didakwa bunuh anak

Jun 22, 2018 | 12:50 PM



TEMERLOH: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini (22 Jun) atas tuduhan membunuh anaknya yang berusia 19 bulan pada Hari Raya ketiga Ahad lalu.



Asmani Mat, 31 tahun, didakwa membunuh Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal di rumah mereka di Felda Jengka 13, Maran antara pukul 8.30 hingga 9 malam, menurut Berita Harian Malaysia.



Asmani hanya menganggukkan kepala apabila jurubahasa membacakan kertas pertuduhan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mati.



Media tempatan melaporkan bahawa wanita itu telah mengelar leher Muhammad Nur Rashdan menggunakan pisau sebelum bapa mangsa, Encik Muhammad Rizal Jusoh, 42 tahun, menyedari perbuatan tersebut.



Mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Jengka.



Dalam pada itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Siti Hajar Mustafa, agar tertuduh – yang tidak diwakili peguam - dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor bagi menjalani pemeriksaan mental.



Kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 20 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >