Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia bakal pindahkan 3,246 penjawat awam ke Nusantara Nov 2024

Dec 18, 2023 | 12:49 PM



JAKARTA: Pemerintah merancang untuk memindahkan 3,246 penjawat awam ke ibu kota baru (IKN) Nusantara, Kalimantan Timur, dalam tempoh Julai-November 2024, kata Menteri Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi, Encik Abdullah Azwar Anas.


“Penjawat awam dari 37 kementerian dan agensi, akan mengambil bahagian dalam kumpulan pertama pemindahan itu.

“Mereka akan dibekalkan dengan 1,740 unit kediaman,” katanya dalam satu kenyataan di Jakarta pada 16 Disember.

Encik Anas menjelaskan bahawa pemindahan penjawat awam ke ibu kota masa depan Indonesia itu, bukan hanya berfungsi sebagai penempatan semula secara fizikal, malah ia juga dijangka menghasilkan peningkatan dalam budaya kerja dan perkhidmatan awam.

Justeru, beliau menyeru semua kementerian dan agensi agar bersiap sedia memindahkan hanya pegawai yang memiliki kecekapan yang relevan dengan jawatan dan perkhidmatan yang diperlukan di Nusantara.

Encik Anas kemudian berkata proses perpindahan penjawat awam berfungsi sebagai langkah strategik pemerintah, untuk memperkukuh pentadbiran awam dan menyokong wawasan pembangunan negara.

Proses perpindahan itu juga akan menjadi momentum kepada pemerintah untuk melaksanakan tadbir urus yang lebih berkesan dan cekap, katanya, dipetik agensi berita Antara.


Beliau seterusnya menegaskan bahawa proses pemindahan itu akan membuka jalan bagi mengubah dan memudahkan proses perniagaan, melaksanakan tadbir urus digital, mengatur pengurusan penjawat awam dan mengukuhkan penyelarasan dalam kalangan institusi.

“Tahap penyelarasan yang mantap antara pemerintah, penjawat awam dengan pelbagai pihak berkaitan, diharap dapat menjayakan proses pemindahan itu, seterusnya memberi kesan positif kepada pentadbiran pemerintah dan perkhidmatan awam,” katanya.

Pemerintah kini sedang melaksanakan fasa pertama daripada lima fasa pemindahan ibu kota.

“Pada fasa pertama perpindahan yang dijalankan dalam tempoh 2022-2024, pemerintah memberi tumpuan kepada pemindahan institusi dan penjawat awam, di samping memastikan keberkesanan pentadbiran pemerintah dengan memanfaatkan teknologi digital,” jelasnya.

Pemerintah sedang mempertimbangkan pemberian elaun khas kepada penjawat awam yang akan ditukarkan ke Nusantara.

“Semoga (elaun) ini dapat meningkatkan lagi kesanggupan penjawat awam untuk tinggal di IKN, memandangkan pemerintah sentiasa menjaga udara segar dan membangunkan kemudahan dan prasarana sokongan yang sesuai di bandar,” katanya.

Kos pemindahan pusat pentadbiran itu akan membabitkan kos sekitar AS$33 bilion ($44 bilion).

Kos itu termasuk pejabat dan rumah kerajaan baru untuk kira-kira 1.5 juta penjawat awam, di ibu kota baru yang akan meliputi kira-kira 56,180 hektar bahagian timur pulau Borneo, yang dikongsi negara itu dengan Malaysia dan Brunei. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >