Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tidak dilibat dalam rancangan bina kereta api laju Trans Borneo

Apr 03, 2024 | 01:07 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia telah menafikan sebarang pengetahuan mengenai cadangan syarikat prasarana Brunei untuk membina rangkaian kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan tiga negara di Pulau Borneo, iaitu Brunei, Malaysia dan Indonesia, yang digelar Keretapi Trans Borneo.


Menteri Pelaburan, Encik Bahlil Lahadalia, memberitahu pemberita pada 1 April bahawa beliau tidak mengetahui cadangan sedemikian dan menafikan projek itu wujud.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Encik Budi Karya Sumadi, pula turut memberitahu pemberita pada 2 April, bahawa beliau juga tidak tahu mengenai cadangan tersebut, lapor The Jakarta Post.


Menurut laporan berita, kereta api laju itu akan melalui wilayah tiga negara di Borneo, iaitu Brunei; Sabah dan Sarawak di Malaysia; dan Kalimantan, Indonesia.

Secara berasingan, ketua pengarah kereta api Kementerian Pengangkutan, Encik Risal Wasal, berkata pada 2 April bahawa pemerintah Indonesia tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia atau Brunei berhubung projek rangkaian kereta api rentas sempadan itu.

“Ini hanyalah cadangan seseorang untuk membina landasan kereta api,” jelas Encik Risal, sambil menekankan bahawa beliau tidak menerima sebarang tawaran rasmi mengenai projek tersebut.

Projek itu diumumkan oleh syarikat berpangkalan di Brunei, Brunergy Utama, di laman webnya, pada akhir Mac.

Rangkaian rel yang dicadangkan itu akan menjangkau kira-kira 1,620 kilometer, menghubungkan tempat-tempat di Borneo yang terkenal dengan sumber aslinya, termasuk ladang minyak, arang batu dan kelapa sawit.

Ia dikatakan akan dibina dalam dua fasa, dengan yang pertama meliputi kebanyakan bandar di negeri Sarawak dan Sabah Malaysia dan termasuk Pontianak, ibu kota wilayah Kalimantan Barat di Indonesia.

Laluan ini ini akan mencakup bahagian utara dan barat Borneo. – Agensi berita.

Fasa kedua akan meliputi laluan selatan yang akan melalui kebanyakan bandar Indonesia di Kalimantan, termasuk Samarinda dan Balikpapan, masing-masing ibu kota wilayah Kalimantan Utara dan Timur.


Kedua-dua fasa akan bersambung di daerah Tutong di Brunei.


Cadangan itu bukan diumumkan baru-baru ini, kerana ia muncul di laman web firma Brunergy seawal Julai 2023, seperti yang ditunjukkan oleh Arkib Internet.


Bagaimanapun, selepas melawat semula laman web itu pada 2 April, didapati tiada butiran berkaitan pelan itu yang ditemui, kerana ia sedang dalam penyelenggaraan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >