Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu kekeliruan Siti Mastura jadi bahan bahas kongres

Nov 26, 2023 | 03:30 PM



PUTRAJAYA: Isu Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, turut menjadi bahan perbahasan pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023.


Perwakilan Melaka, Datuk Ginie Lim, ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Ahad, berkata wakil rakyat wanita Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu keliru dengan nama keluarga Lee dan Lim dalam cubaan menakut-nakutkan rakyat menggunakan sentimen perkauman.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Machap Jaya itu berkata, sepatutnya wakil rakyat membicarakan isu dasar kerajaan dengan memberikan kritikan yang membina dan menjadi pembangkang berkesan.

“Nama saya Ginie Lim bukan Ginie Lee, tiada kaitan langsung dengan pemimpin Singapura yang bermula dengan Lee dan tiada kaitan langsung dengan pimpinan DAP yang nama keluarganya Lim.

“Sebagai pemimpin wanita, saya sentiasa bangga apabila wanita terpilih sebagai wakil rakyat, namun saya cukup malu apabila seorang wakil rakyat wanita yang gelar dirinya doktor, keliru dengan nama keluarga Lee dan Lim,” katanya.

Pada 14 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan Siti Mastura di Bukit Aman mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan mengandungi kenyataan didakwa fitnah terhadap pucuk pimpinan dan DAP sebagai parti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas kesalahan membabitkan kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam, selain mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Melalui rakaman video selama 46 minit 51 saat yang tular baru-baru ini, Siti Mastura pada suatu majlis di Kemaman, Terengganu, mendakwa pemimpin veteran DAP, Encik Lim Kit Siang, yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Selain itu, Siti Mastura dalam rakaman itu juga mendakwa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, adalah sepupu Kit Siang, selain mengaitkan isteri Guan Eng dengan Ahli Parlimen Seputeh, Cik Teresa Kok. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >