Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu pengganasan terpinggir dalam debat calon Presiden Indonesia

KEUTAMAAN BERUBAH?
Jan 29, 2024 | 05:31 AM



Chaula Rininta Anindya

Semasa sesi debat presiden Indonesia yang ketiga, ketiga-tiga calon hanya memberikan sedikit pandangan tentang ancaman terorisme. Perbincangan yang terhad ini dapat difahami kerana terorisme bukanlah titik tumpuan utama pertahanan dan keselamatan Indonesia dalam beberapa tahun terakhir. Tetapi, seharusnya negara ini bersikap serius terhadap situasi semasa?

Pada 7 Januari, dalam debat presiden Indonesia yang ketiga, ketiga-tiga calon presiden – Encik Anies Baswedan, Encik Ganjar Pranowo dan Encik Prabowo Subianto – membincangkan pelbagai isu antarabangsa, termasuk konflik Laut China Selatan, pertahanan, keselamatan dan dasar luar negara.

Namun, soalan mengenai menangani ancaman pengganasan hanya mendapat perbincangan yang sedikit dalam debat tersebut.

Encik Anies mengatakan bahawa terorisme merupakan ancaman yang nyata, dan Indonesia seharusnya memberi tumpuan kepada memerangi ancaman tersebut daripada membuat pembelian senjata besar-besaran.

Oleh kerana kenyataannya bertujuan untuk menyindir Menteri Pertahanan, Encik Prabowo, yang dilaporkan berminat membeli banyak senjata ketenteraan, topik pengganasan kebanyakannya tidak dibincangkan.

Encik Ganjar memberi beberapa pernyataan ringkas mengenai pencapaian Indonesia dalam memerangi terorisme pada 2023. Beliau menyatakan bahawa tidak ada serangan pengganas yang ketara baru-baru ini dan memberi pujian kepada Polis Republik Indonesia (Polri) atas usaha mereka.

Encik Prabowo mengulangi kenyataan Encik Ganjar, memberi pujian kepada kejayaan Polri dan Angkatan Bersenjata Indonesia (TNI) dalam menangani isu-isu terorisme yang kompleks, termasuk pengeboman Bali pada tahun 2002 dan 2005 serta serangan pengganas di Poso.

Bagaimanapun, kededuanya tidak terlalu mendalam dalam membincangkan isu pencegahan terorisme dalam baki debat tersebut.

Walaupun pencapaian ini memang luar biasa untuk Indonesia, negara tersebut tetap tidak kebal terhadap ancaman pengganasan.

Menurut kenyataan tahunan Polri, sebanyak 142 suspek pengganas ditangkap pada tahun 2023. Ini menunjukkan bahawa Indonesia perlu kekal berwaspada.

Keutamaan Berubah?

Berkenaan dengan pertahanan dan keselamatan, sebahagian besar debat tertumpu kepada rancangan pemodenan dan keselamatan siber.

Encik Anies dan Encik Ganjar juga menyelongkar rekod Encik Prabowo sebagai menteri pertahanan, termasuk strategi pemerolehan yang kontroversi, program tanah pertanian, dan kemajuan yang agak perlahan bagi Minimum Essential Force. Berdasarkan debat tersebut, pencegahan terorisme bukanlah keutamaan utama bagi ketiga-tiga calon.

Sebagai Menteri Pertahanan, Encik Prabowo, tidak mempunyai minat terhadap pencegahan terorisme, berbeza dengan pendahulunya, Encik Ryamizard Ryacudu.

Mantan menteri tersebut sering menekankan pencegahan terorisme dalam ucapan dan dasar-dasarnya, termasuk penubuhan inisiatif perkongsian maklumat “Our Eyes” di ASEAN dan program “Bela Negara,” latihan separa ketenteraan untuk menanamkan semangat patriotisme dan kebangsaan.

Selepas Encik Prabowo mengambil alih jawatannya sebagai menteri pertahanan pada tahun 2019, beberapa serangan pengganas berlaku.

Untuk meredakan ancaman pengganasan ini, Dewan Perwakilan Rakyat meluluskan undang-undang terorisme yang telah disemak menerusi Undang-Undang No. 5/2018, semasa penggal pertama Presiden Joko Widodo.

Di bawah undang-undang ini, polis boleh bertindak dengan pantas terhadap suspek dan melakukan penangkapan pencegahan terhadap individu yang telah berjanji setia kepada pertubuhan pengganas yang dilarang walaupun tiada rancangan melakukan serangan pengganas.

Satu tugas yang belum selesai dari pentadbiran Jokowi adalah aturan untuk mengerah TNI dalam operasi pencegahan terorisme.

Ahli akademik dan aktivis masyarakat memberi amaran bahawa ketiadaan peraturan tindakan akan menyebabkan tugas yang bertindan dan memperluas peranan TNI dalam keselamatan domestik.

Pentadbiran Jokowi sepatutnya mengeluarkan peraturan tersebut setahun selepas undang-undang yang telah disemak diluluskan. Namun perselisihan mengenai rang undang-undang memanjangkan proses semakan.

Walaupun perbincangan mengenai Peraturan Presiden (PerPres) tidak dibahas, Encik Ganjar menegaskan iltizamnya untuk menghapuskan tugas yang bertindan dan menegakkan penguatkuasaan undang-undang di Indonesia.

Beliau menyatakan bahawa TNI hanya akan terlibat dalam operasi pencegahan terorisme jika ancaman tersebut melebihi keupayaan polis. Ini memang satu kenyataan normatif, tetapi akan menenangkan polis bahawa pencegahan terorisme akan terus di bawah kuasa mereka jika beliau terpilih.

Ironinya, di Indonesia, memenuhi kepentingan pasukan keselamatan adalah penting bagi pemimpin untuk menjamin kelangsungan kerjaya mereka.

Dalam hal yang sama, Encik Prabowo juga menegaskan bahawa jika beliau terpilih, polis akan tetap di bawah arahan langsung presiden.

Susunan ini selalu menjadi masalah kerana presiden boleh mempolitikkan polis, mengeksploitasi mereka untuk melawan individu atau kumpulan yang menentang. Begitu juga, ia akan menghalang reformasi polis kerana sistem promosi akan berasaskan hubungan peribadi dengan presiden, bukannya merit.

Hilang tujuan

Walaupun masa debat yang terhad menghalang perbincangan menyeluruh tentang terorisme, presiden yang baru dipilih masih perlu mempertimbangkan Rancangan Tindakan Kebangsaan (NAP) untuk Pencegahan dan Tindak Balas Kekerasan Ekstremisme (P/CVE), yang dikeluarkan oleh pentadbiran Jokowi pada tahun 2021 dan dijadualkan tamat pada tahun 2024. Adakah presiden baru akan memperbaharuinya atau menghentikannya?

NAP menekankan pendekatan pemerintah dan masyarakat sepenuhnya dalam melaksanakan program P/CVE. NAP bertujuan untuk meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan yang berkaitan dan memperkasa penguasa daerah untuk melaksanakan program P/CVE.

Salah satu daya utama ini adalah menyediakan wadah pangkalan data yang dikenali sebagai Hab Pengetahuan Indonesia (I-KHUB) untuk pihak berkepentingan yang berkaitan.

Selain I-KHUB, terdapat juga daya utama oleh pertubuhan masyarakat awam (CSO) yang dikenali sebagai Hab Pengetahuan (K-HUB), yang dikendalikan oleh Peace Generation.

K-HUB telah mengeluarkan perancangan daya usaha f P/CVE CSO yang membantu negara untuk menangani tonggak tertentu NAP di kawasan rentan. Wadah ini bercita-cita menyokong pelbagai pihak berkepentingan dalam menyedia pangkalan data menyeluruh bagi program pemerintah dan bukan pemerintah.

NAP juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan penguasa daerah dalam inisiatif P/CVE. Kedua-dua agensi pemerintah dan bukan pemerintah telah membantu penguasa daerah dalam membuat Rancangan Tindakan Daerah mereka sendiri untuk P/CVE.

Namun, kemajuannya berbeza mengikut kawasan kerana pelaksanaannya sangat bergantung pada keutamaan pihak berkepentingan tempatan dan penguasa daerah. Kemajuan cenderung agak lambat apabila pihak berkepentingan tempatan tidak melihat ancaman yang mendesak di kawasan mereka atau tidak mahu dianggap sebagai “sarang terorisme”. Kawasan yang lebih bekerjasama dalam proses ini adalah Jawa Tengah dan Jawa Barat.

Tiga tahun adalah masa yang sangat singkat untuk menyelesaikan agenda NAP di seluruh negara. Beberapa program masih berada dalam peringkat pengenalpastian atau persiapan.

Bagaimanapun, terdapat juga kebimbangan dari pakar pencegahan terorisme bahawa melibatkan semua institusi pemerintah dalam program P/CVE hanya akan memaksa beberapa institusi untuk melaksanakan program P/CVE sedangkan mereka mempunyai pengetahuan yang terbatas terhadap isu tersebut, menyebabkan hasil yang tidak memuaskan.

Menghentikan NAP mungkin juga bukan keputusan bijak, kerana ia masih bernilai untuk menyelaraskan inisiatif P/CVE di Indonesia. Presiden seterusnya perlu menilai kemajuannya dengan teliti dan mengenalpasti tindakan yang diperlukan untuk meningkatkan kesannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >