Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu rondaan kapal perang AS: China mungkin timbang perkuat pertahanan

Oct 29, 2015 | 08:43 AM



BEIJING: Duta Besar China ke Amerika Syarikat berkata China perlu menimbangkan dengan serius tentang meningkatkan keupayaan pertahanannya di rantau ini, selepas sebuah kapal perang Amerika memasuki perairan di Laut China Selatan yang dituntut China sebagai miliknya.


Komen Encik Cui Tiankai itu dibuat sedang pihak berkuasa pertahanan China menuduh Amerika menenterakan rantau ini. Penganalisis berkata itu boleh mendorong China melakukan perkara sama, sekali gus menambahkan ketegangan di perairan yang dipertikai itu.


"Kami perlu memastikan kami mempunyai cara yang mencukupi untuk melindungi kedaulatan kami di sana, untuk melindungi hak sah kami di sana," kata Encik Cui dalam satu temu bual bersama CNN, yang dipetik oleh agensi berita China, Xinhua.


Ini akan memastikan "tiada sesiapa akan mempunyai salah tanggapan bahawa ia boleh terus menimbulkan kemaharan", katanya.


Encik Cui berkata Amerika "bersifat hipokrit" dalam meminta pihak lain tidak menenterakan rantau ini apabila ia menghantar kapal tentera ke sana dengan begitu kerap.


Pada Selasa (27 Okt), kapal perang USS Lassen Amerika memasuki dalam kawasan 12 batu nautika dari terumbu Mischief dan Subi di kepulauan Spratly, yang dituntut beberapa negara.


Ini cabaran langsung terhadap tuntutan wilayah yang dilakukan China dengan membina beberapa pulau di kawasan itu, yang tidak diiktiraf Amerika.


Dua kapal China mengekori kapal pemusnah peluru berpandu Amerika itu, tetapi kejadian tersebut berakhir tanpa sembarang insiden.


Amerika, bagaimanapun, telah berkata ia akan terus menjalankan secara tetap latihan "kebebasan belayar" di perairan tersebut.


Selepas mengesahkan kejadian itu, jurucakap Kementerian Luar China, Encik Lu Kang, memberitahu pemberita jika Amerika terus mewujudkan ketegangan, China mungkin menyimpulkan ia terpaksa "meningkatkan dan mengukuhkan pembangunan keupayaan relevan kami".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >