Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jack Ma lepaskan kawalan dalam Ant Group

Jan 08, 2023 | 05:30 AM



SHANGHAI: Pengasas Ant Group Jack Ma telah melepaskan pegangan sahamnya dalam gergasi teknologi kewangan China itu dalam satu rombakan di bawah satu tindakan kawal selia yang tercetus selepas syarikat itu membatalkan penampilannya di pasaran saham dua tahun lalu.



Tawaran awal awam (IPO) Ant bernilai AS$37 bilion ($49.45 bilion), dijangka yang terbesar di dunia, dibatalkan pada saat akhir pada November 2020, sekali gus memaksa firma itu menjalankan penyusunan serta menimbulkan spekulasi bahawa jutawan China itu perlu melepaskan pegangannya.



Walaupun beberapa penganalisis berkata pelepasan kawalannya boleh membuka jalan bagi Ant menawarkan semula IPO-nya, perubahan diumum kumpulan itu semalam mungkin mengakibatkan penangguhan selanjutnya disebabkan peraturan penyenaraian.



Pasaran saham A domestik China memerlukan syarikat menunggu tiga tahun selepas perubahan kawalan untuk disenaraikan. Tempoh itu adalah dua tahun di pasaran STAR di Shanghai dan satu tahun di Hong Kong.



Encik Ma, seorang bekas guru bahasa Inggeris, sebelum ini memiliki lebih 50 peratus hak mengundi di Ant, tetapi perubahan itu bermakna bahagiannya jatuh kepada 6.2 peratus, menurut pengiraan Reuters.



Beliau memiliki hanya 10 peratus saham dalam Ant, firma sekutu gergasi e-dagang Alibaba Group Holding Ltd, tetapi mempunya kuasa ke atas syarikat itu melalui entiti berkaitan, menurut prospektus IPO Ant yang difailkan dengan bursa pada 2020.



Hangzhou Yunbo, saluran pelaburan Encik Ma, mempunyai kawalan ke atas dua entiti lain yang memiliki gabungan 50.5 peratus saham Ant.



Keputusan Encik Ma melepaskan pegangannya berlaku sedadng Ant hampir selesai menjalankan penyusunan semula selama dua tahun yang didorong peraturan, dengan pihak berkuasa China bersedia mengenakan denda lebih AS$1 bilion ke atas firma itu, lapor Reuters pada November.



Penalti itu sebahagian daripada tindakan keras Beijing yang meluas dan belum pernah berlaku sebelum ini ke atas syarikat besar teknologi negara itu sejak dua tahun lalu, yang telah mengurangkan ratusan bilion dolar daripada nilainya di samping mengecutkan pendapatan serta keuntungan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >