Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JL aktif semula di Indonesia, rekrut ahli dan kumpul dana

Feb 15, 2016 | 04:50 PM



JAKARTA: Kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI) didapati telah aktif semula, mendapatkan penyokong baru, mengumpul dana dan menghantar orang untuk berlatih dalam peperangan di Syria.


Demikian didedahkan oleh wawancara agensi berita Reuters dengan dua anggota aktif dan seorang bekas anggota kumpulan itu.


Ini setelah rangkaian JI dianggap telah lemah disebabkan tindakan keras yang meletak beratus-ratus pemimpin dan pengikutnya di dalam penjara selepas ia melancarkan satu siri serangan ke atas kepentingan Barat pada 2000-an.


"JI kini dalam peringkat persediaan. Mereka tidak melakukan apa-apa operasi tetapi mereka merekrut orang, mengukuhkan pengetahuan, pendidikan, rangkaian dan kewangan mereka," kata Encik Nasir Abbas, seorang bekas anggota.


"Saya tidak akan memandang rendah mereka."


Penganalisis keselamatan berpangkalan di Jakarta, Dr Sidney Jones, percaya keahlian JI telah kembali kepada sekitar 2,000 orang, jumlah sebelum serangan paling terkenalnya - pengeboman di pulau peranginan Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang, kebanyakan warga Australia.


Suspek JI yang ditahan baru-baru ini didapati mempunyai banyak bekalan senjata.


Pakar keselamatan percaya latihan canggih, susunan dan pembiayaan JI boleh menimbulkan ancaman keselamatan lebih besar daripada kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Pakar menganggarkan senjata yang digunakan dalam serangan oleh ISIS bulan lalu di Jakarta berharga tidak lebih daripada AS$70 ($ 98), iaitu bajet rendah berbanding AS$50,000 yang dibelanjakan bagi bom di Bali pada 2002 itu.


Seorang bekas ahli JI, Nasir Abbas, berkata ahli biasa kumpulan itu masih termasuk lelaki lebih tua yang dilatih di Afghanistan pada 1980-an dan kembali dengan pengalaman pertempuran dan kemahiran membuat bom.


JI pernah mempunyai sel di seluruh Asia Tenggara, termasuk Singapura, Malaysia, Filipina dan Thailand, dengan matlamat mewujudkan sebuah negara Islam di rantau ini.


Ahli-ahli semasa mengatakan JI tidak lagi berbentuk rentas negara dan sebaliknya memberi tumpuan pada Indonesia, di mana strateginya ialah memenangi sokongan umum bagi ideologi dan cita-citanya.


"Kami mesti aman hingga titik tertentu, jika tidak, bagaimana kami boleh memenangi sokongan orang ramai?" ujar Abu Rusdan, yang ramai percaya kini menjadi pemimpin JI, kepada Reuters melalui telefon.


Apabila ditanya mengapa JI menghantar orang ke Syria, beliau berkata ia "untuk menyediakan khidmat kemanusiaan".


Antara beberapa suspek militan yang ditahan oleh polis sejak Disember lalu ialah empat lelaki ada kaitan dengan JI, yang ditemui dengan bahan membuat bom, senjata api dan buku mengenai melancarkan jihad.


Tetapi sumber-sumber kanan keselamatan berkata memantau kegiatan ahli JI sukar kerana kebanyakkan mereka bersembunyi selepas pemimpin utama mereka ditangkap.


Satu sumber berkata seperti penyokong ISIS, ahli JI menggunakan media sosial seperti aplikasi mesej Telegram tetapi lebih sukar menjejak mereka.


Dan dari segi undang-undang, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menghentikan kempen pengambilan dan pendidikan JI yang dijalankan di pulau Jawa.


Abu Rusdan, yang menghabiskan 3.5 tahun penjara kerana peranannya dalam pengeboman Bali, hidup secara terbuka di Jawa Tengah di mana beliau menjadi imam dan menyampaikan khutbah di masjid lingkungannya.


Encik Taufik Andrie, yang bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Jakarta yang berusaha memulihkan militan, berkata JI bergerak untuk jangka panjang dan merekrut orang sangat pintar dan sabar.


Dr Jones percaya mereka tidak mungkin melancarkan serangan besar bila-bila masa sahaja kerana ia boleh membuat mereka kehilangan sokongan masyarakat. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >