DUBAI: Sebahagian pemimpin dunia di sidang puncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28), yang sedang berlangsung di Dubai telah mengecam Israel pada 1 Disember dan menggesa konflik di Gaza dihentikan.
Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, berkata:
“Sementara berunding mengenai krisis iklim, kita tidak boleh mengabaikan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin yang berada di sebelah kita.”
Bercakap kepada pemimpin dunia dalam ucapan rasmi di sidang COP28 itu, Encik Erdogan berkata keadaan yang sedang berlaku di Gaza adalah satu jenayah perang.
“Keadaan yang sedang wujud di Gaza pada masa ini adalah jenayah perang dan konflik itu adalah perang menentang kemanusiaan; mereka yang bertanggungjawab harus dipertanggungjawabkan di bawah undang-undang antarabangsa,” kata beliau.
Presiden Afrika Selatan, Encik Cyril Ramaphosa, bersependapat dan berkata:
“Afrika Selatan tidak dapat menerima tragedi kejam yang sedang berlaku di Gaza. Perang ke atas orang yang tidak bersalah di Palestin ialah jenayah perang yang harus dihentikan.”
Selepas sedekad menyepi daripada penerbitan program televisyen, pasangan suami isteri yang juga pengasas bersama syarikat Screenbox, Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali, kembali beraksi dengan
Seiring peningkatan usia, perubahan daripada aspek kesihatan jasmani, mental dan keupayaan diri akan berlaku.
Keupayaan memahami dan berkomunikasi akan berkurangan.
Oleh itu, adalah penting untuk
Penuaan adalah proses semula jadi yang melibatkan perubahan jasmani, mental, dan emosi yang berlaku seiring perjalanan masa.
Ia merupakan titik penting dalam kehidupan manusia dan memerlukan pemahaman
Dengan rambut palsu berwarna biru berserta solekan wajah fantasi menggayakan watak Aomine Daiki daripada anime bertajuk Kuroko no Basuke, beliau merayau-rayau sambil meneroka keindahan Jepun, negara
Hanya dengan menggunakan suara emasnya, wartawan penyiar ikonik era 1970-an hingga lewat 2000-an, Rashid Sulaiman, bagaikan membawa pendengar radio ‘terbang jauh’ ke padang bola sepak di seberang
Ada banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup Pengarah Muzik Warna 942, Elfie Rafiee, yang sebenarnya membuka pintu rezekinya dan orang lain.
Elfie, 45 tahun, ditawarkan tugas sebagai deejay sambilan
Memulihkan diri dan menyahtoksin.
Itulah yang mungkin terlintas di fikiran tatkala menyebut tentang mata air panas yang menggelegak mahupun mandian terma.
Sedang rawatan ini merupakan langkah besar
Kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
Dua peribahasa ini mula kerap digunakan warganet dan selebriti sejak akhir-akhir ini, merujuk pada
Di tengah-tengah kegiatan sehari-hari di Jalan Kayu, yang terkenal dengan deretan kedai perata dan restoran terjangkau harga makanannya, berdiri dengan megah kafe The Apricus Coffee & Food Co.
Kafe
Selepas lama mendiamkan diri dan ‘hilang’ daripada radar media, penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, akhirnya bersuara tentang rentetan kontroversi tidak berkesudahan yang melanda hidupnya

Raja Abdullah dari Jordan berkata adalah sukar untuk memberi tumpuan kepada isu penghangatan bumi apabila konflik sedang berlangsung.
“Peserta sidang tahun ini perlu sedar bahawa kita tidak boleh berbincang tentang perubahan iklim secara sendiri tanpa mengambil kira tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di sekeliling kita,” kata beliau.
Sekumpulan pembantah yang mengadakan bantahan di sidang itu menyarungkan kemeja yang menunjukkan kata-kata ‘gencatan senjata’ dan melaungkan kata-kata ‘Bebaskan Palestin’.
Seorang pegawai Israel memberitahu Reuters tentera Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan bertekad menghapuskan Hamas.
Bantahan, yang sebelum ini ciri yang biasa dilihat di sidang iklim, kurang dilihat di Amiriah Arab-Arab Bersatu (UAE), yang menjadi tuan rumah bagi COP28.
Seorang jurucakap COP28 berkata:
“UAE melindungi hak untuk membantah yang selaras dengan persetujuan antarabangsa yang relevan.”
Mengulas mengenai tindakan Israel yang menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 1 Disember, peserta sidang, Encik Mohammed Ursof, warga Palestin yang menuntut di Qatar, berkata beliau akan cuba meningkatkan kesedaran mengenai konflik itu di sidang tersebut. – Reuters.