Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengantara terus usaha agar Israel, Hamas hentikan perang

Dec 01, 2023 | 03:19 PM



GAZA: Para pengantara bekerja keras pada Jumaat untuk memperbaharui gencatan senjata antara Israel dan Hamas, sedang seorang pegawai kanan Israel mengulangi rancangan negaranya meneruskan perang melainkan kumpulan yang memerintah Jaluran Gaza itu bersetuju membebaskan lebih banyak tebusan.


Selepas gencatan senjata sementara antara mereka dilanjutkan pada saat-saat akhir, dua pihak itu bersetuju dengan usaha damai yang dijalankan oleh Qatar pada Khamis dengan pertukaran lapan tebusan Israel dan 30 tahanan Palestin serta kemasukan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pengantara Mesir dan Qatar kini terus berusaha untuk merundingkan gencatan senjata selanjutnya selama dua hari lagi, kata agensi media rasmi Mesir.

Perang diberhentikan pada Isnin lalu di bawah genjatan senjata sementara dan dilanjutkan hingga Khamis dan ditambah sehari lagi hingga tengah hari Jumaat, menurut pengantara antarabangsa yang diketuai oleh Qatar.

Salah seorang perunding utama Qatar, Encik Abdullah Al Sulaiti, yang juga seorang diplomat berpengalaman, meluahkan kebimbangannya dengan berkata: “Saya fikir kami akan kehilangannya dan kesepakatan itu tidak akan berjalan.”

Encik Mark Regev, penasihat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata Israel terbuka untuk meneruskan gencatan senjata jika Hamas komited untuk membebaskan tebusan selanjutnya.

Israel sebelum ini telah menetapkan pembebasan 10 tebusan sehari sebagai minimum yang akan diterimanya untuk menghentikan serangannya.

“Kami bersedia untuk semua kemungkinan.... Tanpa itu, kami akan kembali kepada pertempuran,” katanya kepada CNN.


Seorang pegawai kanan Hamas menyatakan kumpulannya bersedia membebaskan semua askar Israel yang ditawannya dengan syarat Israel membuat tindakan sama terhadap semua tebusan Palestin.

Antara tebusan yang masih ditahan oleh Hamas ialah askar yang dikecualikan daripada perjanjian pertukaran. Hamas mungkin menggunakan itu sebagai ‘senjata’ tawar-menawar yang penting.

Sebelum gencatan senjata itu dijangka tamat awal Khamis, Hamas dan sekutunya, sayap bersenjata Jihad Islam Palestin, menempatkan pejuang mereka dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyambung semula peperangan.

Apabila gencatan senjata mula berkuat kuasa, Israel turut bersiap sedia untuk mengalihkan fokus operasinya ke selatan Gaza selepas serangan tanpa henti selama tujuh minggu ke utara.

Tekanan antarabangsa ketika ini sedang meningkat supaya perang dihentikan sama sekali dan perjanjian damai dimuktamadkan.

Hanya beberapa jam selepas lanjutan gencatan senjata terbaru, kumpulan Hamas mengaku bertanggungjawab bagi satu kes tembakan di Baitulmakdis pada Khamis, yang mengorbankan tiga orang dan menggesa “peningkatan penentangan”.

Menurut polis Baitulmaqdis timur, dua lelaki bersenjata itu ditembak mati di sebuah perhentian bas di bahagian barat bandar itu.

Dalam kejadian berasingan, dua askar Israel cedera ringan dalam rempuhan di pusat pemeriksaan di Tebing Barat yang diduduki mereka kelmarin, dan tentera Israel berkata penyerang itu juga sudah “ditembak”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >