Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kahirah tolak usul Israel mahu pantau zon penampan di sempadan Mesir-Gaza

Jan 10, 2024 | 01:35 PM



KAHIRAH: Mesir telah menolak cadangan Tel Aviv untuk pengawasan lebih besar oleh Israel ke atas zon penampan di sempadan Mesir-Gaza.


Bagi Mesir, ia lebih mengutamakan usaha untuk menjadi perantara gencatan senjata sebelum mengusahakan pengaturan pascaperang, kata tiga sumber keselamatan Mesir.

Mesir berkongsi sempadan sepanjang 13 kilometer dengan Gaza – satu-satunya sempadan wilayah pantai Palestin yang tidak dikawal secara langsung oleh Israel.

Bersama Qatar, Mesir juga telah memainkan peranan utama dalam perbincangan untuk menjadi perantara gencatan senjata baru di Gaza dan mencapai perjanjian bagi membebaskan tebusan Israel yang masih ditahan Hamas.

Sumber-sumber Mesir berkata semasa rundingan itu, Israel telah mendekati Mesir untuk mendapatkan Koridor Salah al-Din, zon penampan sempit di sepanjang sempadan, sebagai sebahagian rancangan untuk mencegah serangan pada masa depan.

Seorang pegawai Israel yang enggan dikenali berkata pemantauan bersama Koridor Salah al-Din dengan Mesir adalah antara isu yang telah dibincangkan kedua-dua negara itu.

Namun, agensi berita Al Qahera News telah memetik sumber sebagai berkata bahawa laporan terkini mengenai kerjasama yang dirancang antara Mesir dengan Israel di koridor itu adalah tidak benar.


Ketua Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir tidak menjawab permintaan untuk memberikan komen.

Sumber Mesir berkata pegawai Israel tidak membincangkan kawalan koridor semasa rundingan gencatan senjata terbaru itu.

Sebaliknya, ia meminta untuk mengambil bahagian dalam memantau kawasan itu termasuk dengan berkongsi penggunaan teknologi pemantauan baru yang akan Israel perolehi kelak.

Sumber itu menegaskan bahawa Mesir mengutamakan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata baru sebagai asas yang diperlukan untuk perbincangan mengenai Gaza selepas perang, termasuk mengamankan koridor berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Luar Mesir, Encik Sameh Shoukry, berkata pada 9 Januari bahawa keutamaan bagi Gaza adalah gencatan senjata, penghantaran bantuan, dan mencegah pemindahan penduduk Gaza ke Mesir.

Israel mengawal Koridor Salah al-Din sehingga 2005 apabila ia menarik balik kehadirannya di Jaluran Gaza.

Lewat Disember 2023, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata Israel berusaha mengawal semula koridor tersebut kerana rakyat Palestin telah lama menjalankan kegiatan dalam terowong bawah tanah di sana.

Bilangan terowong mula meningkat pada 2008 apabila penyeludup dan militan Palestin menggunakannya untuk mengelak kepungan Israel ke atas jaluran itu, yang telah memberi kesan ekonomi yang buruk di samping membawa senjata ke dalam kawasan itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >