Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas, Israel buat tuntutan ketika Mesir usahakan gencatan senjata baru

Dec 21, 2023 | 02:44 PM



KAHIRAH: Amerika Syarikat berkata rundingan yang “sangat serius” sedang berlangsung mengenai gencatan senjata baru di Gaza dan pembebasan lebih ramai tebusan Israel, tetapi prospek perjanjian itu tampak tidak menentu kerana Hamas menegaskan ia tidak akan berunding kecuali Israel hentikan serangan ofensifnya.


Harapan tinggi terus diletakkan agar Israel dan Hamas menuju ke arah satu lagi perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan susulan rundingan di Eropah dan lawatan ke Mesir oleh ketua Hamas.

Pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, melawat Mesir pada 20 Disember – kali pertama dalam tempoh lebih sebulan – untuk perbincangan dengan pegawai Mesir yang sedang berusaha untuk menjadi pengantara ke arah satu lagi gencatan senjata.

Sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan gencatan senjata baru itu berkata, para pegawai sedang berbincang secara intensif bagi membebaskan tebusan Israel yang masih ditahan oleh Hamas di Gaza sebagai pertukaran tahanan Palestin di penjara Israel.

Jihad Islam, kumpulan militan Palestin yang lebih kecil yang turut menahan tebusan di Gaza, berkata pemimpinnya akan melawat Mesir dalam beberapa hari akan datang juga untuk membincangkan kemungkinan mengakhiri konflik itu.

“Ini adalah perbincangan dan rundingan yang sangat serius, dan kami berharap ia akan berhasil,” kata jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, kepada pemberita pada 20 Disember.

Tetapi Encik Taher Al-Nono, penasihat media bagi Encik Haniyeh, memberitahu agensi berita Reuters bahawa Hamas tidak bersedia untuk membincangkan pembebasan lebih ramai tebusan Israel sehingga Israel menamatkan kempen ketenteraannya di Gaza dan jumlah bantuan kemanusiaan kepada orang awam Palestin ditingkatkan.


“Isu tahanan boleh dirundingkan selepas dua perkara ini dirungkai,” kata Encik Taher.

Hamas pula menolak sebarang gencatan senjata sementara dalam kempen ketenteraan Israel yang berterusan dan berkata ia hanya akan membincangkan gencatan senjata yang berkekalan.

“Kami telah berbincang dengan saudara-saudara kami di Mesir, menggariskan pendirian kami terhadap serangan ini dan keperluan mendesak untuk menghentikannya sebagai keutamaan,” tambah Encik Taher.

Israel telah mendesak semua tebusan wanita dan lelaki yang lemah dibebaskan, kata sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan itu sambil menambah bahawa rakyat Palestin yang disabitkan dengan kesalahan serius boleh berada dalam senarai tahanan yang akan dibebaskan oleh Israel kelak.

Kini lebih 10 minggu Israel telah melancarkan kempennya di Gaza selepas pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober yang menyebabkan kira-kira 240 orang ditahan sebagai tebusan dan 1,200 orang terbunuh.


Sejak itu, Israel telah melancarkan serangan darat dan udara besar-besaran yang meragut hampir 20,000 nyawa dan mencederakan lebih 50,000 rakyat Palestin.


Kumpulan bantuan antarabangsa berkata 2.3 juta penduduk Gaza terpaksa berpindah-randah untuk mencari perlindungan dan menghadapi masalah kekurangan makanan ketika Israel memperhebat pengeboman di Gaza.


Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata bahawa beliau tidak menjangkakan perjanjian pembebasan tebusan Israel-Hamas kedua akan dicapai tidak lama lagi, walaupun beliau menambah dalam kenyataan kepada pemberita: “Kami mendesak ia dilaksanakan.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >