Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kakitangan New York Times enggan kembali kerja di pejabat

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Ramai kakitangan New York Times - syarikat akhbar harian yang beribu pejabat di New York - bekerja dari rumah minggu ini, enggan menurut arahan syarikat itu supaya mereka kembali semula bekerja di pejabat.



Lebih 1,200 orang kakitangan, sebahagian besarnya adalah wartawan dan pekerja teknikal, yang diwakili kesatuan sekerja NewsGuild of New York, enggan kembali bekerja di pejabat kelmarin, dalam usaha merundingkan tentang arahan tersebut, menurut kesatuan sekerja itu.



"Dasar-dasar keselamatan dan kesihatan adalah sebahagian daripada kandungan kontrak yang harus dirundingkan," kata seorang jurutera sofwe Carrie Price yang diwawancara kelmarin.



"Menguruskan soal penilaian risiko kami sendiri adalah penting... untuk menyuruh kami melepaskan upaya mengawal keselamatan peribadi bagi diri sendiri dan orang-orang yang kami cintai adalah sesuatu yang tidak kami inginkan dan belum lagi dirundingkan."



Para wartawan itu tidak diberi kontrak sejak Mac 2021 dan kakitangan tidak menerima kenaikan gaji selama dua tahun, walaupun inflasi meningkat sudah puluhan tahun dan kadar sewa juga meningkat.



Sementara itu, mereka mengatakan bahawa kelakonan syarikat sangat baik dengan meraih keuntungan berjuta-juta dolar tiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Kakitangan syarikat itu berkata, bantahan minggu ini dibuat setelah beberapa bulan rundingan mengenai kontrak gagal.



Pada Jun lalu, apabila Encik Joseph Kahn, menjadi editor eksekutif akhbar itu, penganjur kesatuan sekerja telah mengutus surat yang mengandungi 900 tandatangan, meminta supaya diberikan kontrak baru.



Dua minggu lalu, setelah melihat tidak ada kemajuan mengenainya, lebih 300 kakitangan, kebanyakannya dibayar gaji yang jauh lebih rendah berbanding beberapa wartawan unggul, mengirim e-mel peribadi kepada pimpinan kanan akhbar itu.



Mereka menyatakan bagaimana mereka terpaksa menghadapi kesulitan untuk bertahan di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup.



Kelmarin, akhbar itu menyediakan hidangan mewah makan tengah hari untuk mengalu-alukan kakitangannya kembali bekerja di pejabat.



"Saya bayangkan siapa juga yang membuat keputusan untuk memberi hidangan makan tengah hari itu memang berniat baik, tetapi saya fikir bagi kami, insentif kecil itu tidak memadai," kata Cik Andrea Zagata, seorang editor kanan, semasa diwawancara.



"Jujur saja, ada lebih baik kami diberi kenaikan gaji atau kontrak."



Jurucakap syarikat itu, Cik Danielle Rhoades, berkata:



"Kami telah mengajukan kepada kesatuan sekerja NewsGuild saranan gaji yang menawarkan kenaikan dalam kontrak sebanyak 10 peratus untuk selama dua setengah tahun di bawah kontrak baru.



"Itu sudah cukup tinggi berbanding dengan kontrak yang sedia ada," jelasnya.



Ini bukanlah kali pertama syarikat itu cuba untuk mengarahkan kakitangannya supaya kembali bekerja di pejabat.



Kali terakhir yang ditetapkan adalah pada Jun lalu, namun mereka enggan. Arahan itu kemudiannya ditunda. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >