Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Kalah menang’ M’sia-Indonesia pikat Elon Musk

Aug 27, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keputusan Tesla untuk menubuhkan ibu pejabat serantau di Cyberjaya, Malaysia dikatakan merupakan suatu tamparan bagi Indonesia untuk menguasai industri kenderaan elektrik di rantau Asia Tenggara.


Malaysia pula dilihat berjaya mengatasi pesaing-pesaingnya dalam perlumbaan untuk menarik minat syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla.

Apatah lagi Tesla telah menjadi sasaran utama pentabiran Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo. Presiden Indonesia itu secara peribadi terbang ke Texas pada Mei 2022 untuk bertemu dengan Encik Elon Musk.

Syarikat milik Encik Musk terbabit terlebih dahulu telah mengumumkan akan membuka sebuah ibu pejabat serantau di Selangor.

Perjanjian bersama Malaysia menandakan Tesla sebagai syarikat kenderaan pertama yang berjaya untuk mendapatkan sokongan di bawah inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri Malaysia, yang dilancarkan pada Mac lalu sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai hab serantau bagi industri Kenderaan Elektrik (EV).

Perkara itu kemudiannya disahkan pada Julai, rentetan daripada pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Encik Musk sendiri.

Hasil perbincangan terbabit menyaksikan Tesla memilih Malaysia sebagai induk serantaunya, meski sebelum ini dirayu hebat oleh Indonesia.

Indonesia telah bertahun-tahun memikat Tesla untuk melabur dalam pembuatan bateri dan pembuatan kereta di negara itu, cuba memanfaatkan rizab nikelnya yang kaya, yang boleh diproses untuk digunakan dalam bateri EV.

Presiden Jokowi dalam temu bual dengan Reuters pada Februari menyatakan keyakinan bahawa Tesla akan melabur di negaranya. Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman daripada syarikat kereta itu setakat ini menimbulkan keraguan


Susulan dari itu, Encik Luhut Pandjaitan, yang merupakan Menteri Penyelaras untuk Sumber Asli, berkata bahawa pemerintahnya akan mengumumkan insentif baru untuk pengeluar EV dan beliau bertemu dengan Encik Musk.

Indonesia berkata mereka akan memberi pembuat kereta dua tahun lagi untuk layak mendapat insentif EV, cuba menarik lebih banyak pelaburan ketika ia berlumba dengan Thailand dan India untuk membina industri EV sebagai alternatif kepada China, pengeluar terbesar dunia.

Namun, persaingan dua jiran terdekat itu yang digembar-gemburkan media itu segera dipatahkan oleh Datuk Anwar dalam wawancara di The CNBC Conversation baru-baru ini.


Datuk Anwar berkata Malaysia tidak melihat Indonesia sebagai pesaing terbesar dalam pasaran EV di rantau ini.

Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua negara saling melengkapi dari segi perkongsian industri sebagai lambang keakraban dan kerjasama utuh antara kedua-dua negara serumpun itu.

Katanya, beberapa siri pertemuan dibuat bersama Encik Jokowi turut membabitkan beberapa rakan industri di sana.

Terdahulu, Datuk Anwar mengumumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Encik Musk, tentang pelaburan syarikat itu di Malaysia termasuk membincangkan perkhidmatan komunikasi satelit Starlink yang dijalankan oleh syarikat SpaceX milik Encik Musk.

Datuk Anwar menyambut baik minat dan keputusan syarikat Tesla untuk melabur di Malaysia dan pada awal 2023, Malaysia telah memberi kelulusan kepada Tesla untuk mengimport bateri kereta elektrik ke Malaysia.

Syarikat itu dijangka membuka pejabat, kedai pameran dan pusat servis di Malaysia serta menubuhkan rangkaian stesen cas bagi keretanya.

Kejayaan Malaysia dalam menarik minat Tesla menunjukkan langkah berani negara itu dalam memperkukuhkan industri kereta elektrik dan teknologi hijau. Ini turut memberikan peluang ekonomi yang besar kepada Malaysia melalui pelaburan dan pembangunan prasarana berkaitan.

Dalam bincangan mengenai perkhidmatan Starlink, Malaysia juga menunjukkan minat dalam memajukan teknologi komunikasi satelit yang inovatif.

Datuk Anwar menyatakan bahawa kedua-dua negara mempunyai peluang untuk bekerjasama dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan internet satelit yang pantas dan berdaya saing.

‘Kemenangan Malaysia dalam merebut perhatian Tesla telah mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai destinasi pelaburan yang menarik dalam sektor automotif dan teknologi canggih.

Dengan pelbagai langkah dan inisiatif yang dirancang, Malaysia sedang merealisasikan matlamat untuk menjadi pusat inovasi dan kemajuan dalam industri kereta elektrik dan teknologi hijau di rantau ini.

Menurut pengarah urusan Dewan Perniagaan Amerika Indonesia, Encik A. Lin Neumann mendedahkan beberapa sebab yang menjadikan Tesla memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan berikutnya berbanding Indonesia.

Antaranya ialah sikap terbuka kerajaan itu sendiri terhadap permintaan Encik Musk sebelum membuat keputusan untuk beroperasi di Malaysia, seperti tiada keperluan untuk rakan kongsi perniagaan tempatan, pengecualian duti import 100 peratus, serta tiada keperluan untuk EV Tesla mempunyai kandungan tempatan.

Disebabkan itu, Tesla Malaysia mampu menawarkan Model Y dengan harga jualan di bawah $50,000 – kira-kira satu perempat daripada harga runcit di Singapura dan Indonesia.

Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia dijual pada harga bermula dari RM199,000 ($57,735) tidak termasuk dengan kos penambahan aksesori, ciri bantuan pemanduan Autopilot/Full Self-Driving dan sebagainya.

Berbeza dengan apa yang dikehendaki oleh Indonesia, pemerintah tersebut mengenakan tarif import 50 peratus untuk unit EV bagi menggalakkan pengeluar memasang kenderaan di negara tersebut.

Ada yang menjangkakan Indonesia akan menawarkan pengecualian cukai seperti yang dilakukan oleh Malaysia terhadap Tesla.

Namun begitu, negara tersebut dilihat sangat terikat dengan persekitaran kawal selia kompleks yang memberikan ganjaran kepada kepentingan tempatan, sekali gus merumitkan perjanjian dengan pelabur.

Mereka juga dilihat tidak berusaha keras untuk mendirikan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik.

Encik Neumann berpendapat, bagi Datuk Anwar langkah Tesla tersebut memberikan kejayaan ekonomi yang sangat penting menjelang pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu.

Namun Encik Neumann menambah, Indonesia masih lagi belum kalah dalam usaha untuk memenangi hati Tesla.

Negara itu dilihat masih lagi mempunyai peluang untuk menantikan pelaburan pengeluar EV tersebut bagi mendirikan kilang pemasangan EV Tesla, serta kilang pembuatan bateri memandangkan Indonesia kini mempunyai rizab simpanan nikel terbesar di dunia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >