Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal tangki dari India ditembak Iran: Pentagon

Dec 24, 2023 | 05:46 PM



WASHINGTON: Sebuah kapal tangki membawa muatan bahan kimia yang berada di luar pantai India menjadi sasaran dron yang didakwa ditembak dari Iran.


Pentagon menyifatkan serangan itu sebagai tanpa penyebaran perang Israel-Palestin yang sudah pun sampai ke sempadan Lebanon membabitkan Hezbollah dan kini menunjukkan risiko merebak lagi merangkumi laluan perkapalan di Laut Merah.

Menurut Pentagon dalam kenyataannya, serangan yang berlaku kira-kira 10 pagi waktu tempatan terhadap kapal milik Jepun itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, api juga sudah berjaya dipadamkan di kapal yang dikenali dengan nama MV Chem Pluto, yang belayar di bawah bendera Liberia dan dikendalikan oleh syarikat Belanda.


“Serangan dron itu berlaku kira-kira 370 kilometer batu nautika di luar pantai India, dan tiada kapal Tentera Laut Amerika (Syarikat) berada di kawasan terbabit.

“Tentera Amerika kekal berkomunikasi dengan kapal itu ketika ia terus menuju ke destinasi di India,” katanya.

Ini kali pertama Pentagon secara terbuka menuduh Iran secara langsung menyasarkan kapal di Laut Merah sejak bermulanya perang Israel-Palestin, dimulakan pejuang Hamas yang disokong Iran.

Sehingga kini, tiada pihak tampil bertanggungjawab bagi serangan itu, yang berlaku ketika serangan dron dan peluru berpandu dilancarkan oleh pemberontak Houthi yang disokong Iran di Yaman, di laluan perkapalan penting di Laut Merah.

Sebelum ini, Houthi menegaskan mereka melakukan serangan sebagai perpaduan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Syarikat keselamatan maritim, Ambrey, berkata kapal tangki kimia itu ada kaitan dengan Israel dan sedang dalam pelayaran dari Arab Saudi ke India.

Wall Street Journal pula melaporkan syarikat Belanda yang mengendalikan kapal berkenaan ada hubungan dengan hartawan perkapalan Yahudi, Encik Idan Ofer.


Tentera laut India berkata pihaknya sudah memberi maklum balas terhadap permintaan bantuan.

“Sebuah pesawat sudah dihantar bagi memastikan keselamatan kapal terbabit dan anak kapalnya.

“Sebuah kapal perang tentera laut India juga sudah dihantar untuk memberikan bantuan yang diperlukan,” kata seorang pegawai tentera laut.

Serangan di laluan Laut Merah menyebabkan kebanyakan syarikat perkapalan mengubah laluan kapal kargo mereka melalui hujung selatan Afrika walaupun kosnya lebih tinggi dan pelayaran bertambah jauh.

Setakat ini, pemberontak Houthi sudah melancarkan lebih 100 serangan dron dan peluru berpandu, menyasarkan 10 kapal dagang membabitkan 35 negara berlainan, kata Pentagon.

Pada 16 Disember lalu, pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRG) memberi amaran supaya laluan di Laut Merah ditutup selagi tiada penyelesaian bagi perang Israel-Palestin. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >