Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga peniaga tentang cubaan Amerika rampas aset yang dibeli guna wang 1MDB

Nov 01, 2016 | 12:11 PM



LOS ANGELES: Saudara-mara ahli perniagaan yang dituduh pendakwa raya Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menyeleweng lebih AS$3.5 bilion ($4.87 bilion) daripada syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, sedang berusaha menentang percubaan merampas aset yang diperoleh menggunakan dana syarikat itu.



Empat ahli keluarga Encik Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, telah memulakan tuntutan ke atas aset yang Amerika dakwa dibelinya dengan wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Aset itu termasuk saham EMI Music Publishing Group bernilai AS$100 juta, jet Bombardier berharga AS$35 juta, dan saham bernilai AS$200 juta dalam Hotel Park Lane di New York.



Ahli keluarga Encik Low, termasuk abang dan ayahnya, berkata mereka benefisiari sebuah amanah milik keluarga yang mengawal aset itu dan terpaksa memfailkan tuntutan mereka sendiri kerana pemegang amanah itu dari Switzerland enggan mengambil sembarang tindakan terhadap langkah merampas aset tersebut, menurut dikumen yang difailkan pada Isnin (31 Okt) di mahkamah persekutuan Los Angeles.



Pemegang amanah itu, Rothschild Trust (Schweiz) AG and Kendris, enggan bertindak kerana bimbang pelibatan mereka berpotensi mendedahkan mereka pada "liabiliti jenayah kerana menyertai pengubahan wang haram", mengikut keluarga Encik Low.



Bloomberg melaporkan Encik Low sendiri tidak memfailkan sembarang tuntutan tetapi beliau tersenarai antara benefisiari amanah tersebut, bersama ahli keluarganya.



Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika sedang berusaha merampas aset bernilai AS$1 bilion yang dibeli menggunakan dana yang didakwa diubah melalui sistem perbankan Amerika.



Dana yang diselewengkan daripada 1MDB digunakan bagi faedah peribadi para pegawai awam dan saudara-mara serta rakan mereka untuk membeli hartanah mewah di Amerika, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas dan membeli lukisan bernilai lebih AS$200, kata DOJ dalam satu siri aduan yang difailkan pada Julai.



1MDB sedang disiasat beberapa negara, termasuk Singapura, Switzerland, Luxembourg dan Amerika, berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dilakukan para-pegawai awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >