Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kem tentera, bot awam diserang militan di Mali

Sep 08, 2023 | 03:45 PM



TIMBUKTU (Mali): Kumpulan militan Islam telah menyerang sebuah bot di sungai di timur laut Mali, membunuh sekurang-kurangnya 49 orang awam, kata pemerintah sementara.


Mereka juga dilaporkan menyerang kem tentera, membunuh 15 askar.

Pemerintah telah mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara. Sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, dilaporkan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Ancaman militan Islam semakin meningkat walaupun pihak tentera mendakwa tentera upahan Kumpulan Wagner Russia mengubah arus serangan yang mereka lakukan.

Dalam kejadian terbaru itu, kumpulan militan dilaporkan menyerang bot berkenaan ketika ia dalam perjalanan di Sungai Niger dari bandar Gao ke Mopti. Militan juga menyerang kem tentera di Bourem di wilayah Gao.

Tentera Mali berkata di media sosial bahawa bot itu telah diserang oleh “kumpulan pengganas bersenjata”.

Syarikat pengendali bot, Comanav, memberitahu agensi berita AFP kapal itu telah menjadi sasaran sekurang-kurangnya tiga roket yang mengena enjinnya,


Namun, pihak tentera sempat bertindak dengan memindahkan para penumpang, kata seorang pegawai Comanav, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pemerintah junta mendapat sokongan besar apabila ia merampas kuasa selepas bantahan besar-besaran terhadap Presiden Ibrahim Boubacar Keïta ketika itu.

Sejak itu, data menunjukkan pemerintah tentera Mali telah mencapai sedikit kemajuan dalam usaha menentang golongan militan Islam yang menguasai sebahagian negara.

Pemberontakan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan Isis berakar umbi di utara Mali pada 2012.

Sejak itu militan Islam semakin mendapat tempat, merebak ke seluruh wilayah Sahel ke negara-negara pantai Afrika Barat.

Sejak 2015, askar upahan Kumpulan Wagner telah berada di Syria, berjuang bersama pasukan propemerintah dan menjaga loji minyak.

Terdapat juga tentera kumpulan itu yang menyokong pasukan pimpinan Jeneral Khalifa Haftar.

Republik Afrika Tengah (CAR) telah mengundang Kumpulan Wagner untuk menjaga lombong berlian tetapi sebenarnya menjaga lombong emas di Sudan.

Kerajaan Mali, di Afrika Barat, menggunakan Kumpulan Wagner terhadap kumpulan militan Islam.

Ketika itu, Wagner adalah sebuah pertubuhan rahsia, kebanyakannya beroperasi di Afrika dan Timur Tengah dan diperkirakan hanya mempunyai kira-kira 5,000 pejuang – kebanyakannya veteran rejimen elit dan pasukan khas Russia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >