Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kematian dua kanak-kanak dek strok haba masih dalam siasatan

Apr 29, 2023 | 05:30 AM



KOTA BHARU: Punca kematian dua kanak-kanak - seorang berusia 11 tahun dan seorang lagi setahun tujuh bulan - yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.



Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama pada Jumaat.



Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok, Kelantan.



Ibu kanak-kanak berkenaan, Cik Wanie Alias, 32 tahun, berkata anaknya sebelum itu, iaitu pada Aidilfitri pertama dan kedua, masih sihat dan aktif beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara.



Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada Hari Raya ketiga.



"Pada Hari Raya keempat selepas subuh, saya lihat keadaan anak lemah sebelum mahu membawa anak ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap anak secara tiba-tiba diserang sawan.



"Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana, doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air.



"Namun, tekanan nadi anak tiba-tiba terhenti dan anak didapati pengsan," katanya.



Cik Wanie berkata beliau dan suami terpaksa reda apabila anak mereka gagal diselamatkan apabila menghembuskan nafas terakhir pada 9.27 pagi.



Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, Kelantan, meninggal dunia pada Selasa lalu dipercayai akibat strok haba.



Bapa kanak-kanak itu, Encik Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, berkata anak tunggalnya, Nur Imani, batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.



Katanya, Nur Amani dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu dan doktor yang merawat memberi ubat dan meminta anaknya dibawa pulang.



Encik Ahmad Faris berkata keadaan anaknya semakin teruk sebelum meninggal dunia pada kira-kira 7.20 pagi Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >