Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kenaikan harga terus cengkam rakyat M'sia lepas subsidi dihenti

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



SEBAIK saja pemansuhan subsidi minyak masak tulen berbotol pada 1 Julai, harga bahan itu naik mendadak lebih 40 peratus.



Daging ayam pula, yang diapung dengan harga siling RM9.40 ($2.97) sekilogram, dijual pada harga berbeza, berdasarkan lokasi.



Minyak masak paket bersubsidi satu kilogram masih dijual pada harga lama RM2.50 sepaket, tetapi di kebanyakan lokasi bekalan sukar diperolehi hingga menyukarkan peniaga dan golongan berpendapatan rendah menggunakan bahan itu untuk memasak.



Telur ayam, yang juga diapung pada harga siling mengikut gred - gred A 45 sen, gred B 43sen, dan gred C 41 sen, iaitu kenaikan dua sen daripada harga lama - mempunyai bekalan mencukupi untuk pengguna seluruh Malaysia.



Tinjauan Berita Harian di beberapa pasar raya dan kedai runcit sekitar Lembah Klang mendapati kadar peningkatan harga minyak masak itu melibatkan semua jenis minyak masak botol, iaitu 1, 2, 3 dan 5 kilogram (kg).



Minyak botol 5kg pelbagai jenama, yang sebelum ini dijual di bawah RM30 sebotol, meningkat hingga RM42.70, antara jenama itu ialah Saji RM42.20 (42 peratus); Seri Murni, RM42.70 (44 peratus); Buruh, RM42.60 (43.5 peratus); Alif, RM42.50 (43 peratus) dan Vesawit, RM42.25 (42.5 peratus).



Harga minyak botol pelbagai jenama 1kg, yang sebelum ini dijual RM6.70 sebotol, naik kepada RM9.70 sebotol; 2kg daripada RM12.70 kepada RM18.25, manakala 3kg daripada RM18.70 kepada RM26.95.



Terdapat berbezaan ketara antara harga ayam yang dijual di pasar raya dan yang diniagakan di pasar basah atau pasar malam.



Kebanyakan pasar raya menjual ayam di bawah harga siling RM9.40 sekilogram, manakala pasar basah dan pasar malam menjualnya pada harga maksimum RM9.40 sekilogram, serta mengenakan upah memotong RM1.



Telur ayam pula kebanyakan dijual di pasar raya dua sen lebih rendah daripada harga siling. Contohnya, gred C dijual 39 sen sebiji, gred B 41sen sebiji dan gred A 43sen sebiji.



Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin, harga siling ayam dan barangan lain harus diteliti semula dari masa ke masa bagi mengelakkan kesan jangka panjang ke atas pengguna dan peniaga.



"Oleh itu, kerajaan sewajarnya mengkaji semula pelaksanaan bantuan tunai yang diberikan agar bantuan yang diterima memadai dengan kenaikan inflasi benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, khususnya B40, dan meluaskan bantuan kepada golongan M40," tambahnya.



Seorang peniaga ayam di pasar malam Bukit Sentosa Serendah, Selangor, Encik Azman Ali, terpaksa menjual daging ayam pada harga maksimum berdasarkan harga pembekal, selain mengenakan upah memotong RM1 seekor.



"Sebelum ini, kami tidak mengenakan sebarang bayaran memotong kerana ia sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan, tetapi keadaan sudah berubah dan upah yang diminta itu dibenarkan oleh kerajaan," katanya.



Lain pula dengan Encik Nadzim Khir, yang terpaksa mencuba nasib mendapatkan bekalan minyak masak paket yang begitu sukar diperolehi sebelum dan selepas pengumuman kerajaan mengenai penarikan balik minyak masak tulen berbotol.



"Setiap kali ke kedai untuk membeli minyak masak paket, jawapan penjual, sudah habis dijual dan minta saya datang lagi esok.



"Sejak Jumaat lalu saya masih belum jumpa kedai yang jual minyak masak paket, jadi buat sementara saya terpaksa beli minyak botol 1kg," katanya.



Pada 29 Jun, kerajaan Malaysia memutuskan tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai.



Harga siling runcit telur ayam gred A ditetapkan 45 sen sebiji, gred B 43 sen sebiji, dan gred C 41 sen sebiji.



Pada 21 Jun, kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol berkapasiti dua hingga lima kg, mulai 1 Julai.



Harga siling runcit baru ayam standard RM9.40 sekilogram serta harga telur ayam bagi Semenanjung akan dikekalkan sepanjang dua bulan.



Harga siling runcit ayam dan telur ayam bagi Langkawi RM10.90 sekilogram; Sabah RM11 hingga RM11.30, Sarawak RM9.80 hingga RM12.90; dan Labuan RM11.30. Ia berkuat kuasa juga sepanjang dua bulan.



Mengenai kekurangan bekalan minyak masak paket di seluruh Malaysia, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Encik Azman Adam, berkata masalah tersebut dijangka pulih dan harga kembali stabil dalam tempoh beberapa hari lagi.



Menurutnya, kira-kira 60,000 metrik tan kuota minyak masak akan diedarkan kepada pembungkus dan pemborong bagi mengatasi masalah bekalan tersebut.



Setiap bulan pembungkus dan pemborong akan menerima kuota sebanyak jumlah itu pada hari pertama dan kedua setiap awal bulan, sebelum memulakan pembungkusan minyak, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >