Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan Perpaduan Melaka cermin demokrasi politik

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



MELAKA: Kerajaan Melaka menterjemahkan semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat ke negeri ini menerusi barisan Exco baharu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).



Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, gabungan itu menunjukkan wujudnya kematangan politik di negeri ini sekali gus mencerminkan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.



Menurutnya, barisan Exco yang dilantik itu mewujudkan naratif politik baharu melalui kerjasama politik merentasi faktor etnik, selain dapat memupuk perkongsian kuasa antara pelbagai kaum dan pelbagai parti politik.



"Saya mengambil tanggungjawab bersama apa yang dipandu oleh pucuk pimpinan terutama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan saya amanah dan tanggungjawab ini.



"Tanggungjawab untuk bersama-sama mencerminkan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat dan di negeri Melaka, Insya-Allah," katanya.



Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Balai Istiadat Dewan Seri Negeri di Ayer Keroh di sini pada Rabu.



Jelas beliau, permuafakatan politik dan perkongsian kuasa antara kaum itu juga akan bersifat inklusif dan bukannya eksklusif bagi memupuk semangat solidariti serta perpaduan antara kaum di dalam usaha mentadbirkan negara.



"Dimensi politik dan demokrasi di Melaka ini sekali gus mengenepikan politik bersifat perkauman dan menyimpan perasaan prasangka sesama kita.



"Ini bukanlah masa kita bercanggah dan bertelingkah tetapi menumpukan usaha dan tenaga ke arah membangun negeri ini dan menjamin masa depan hampir satu juta rakyat Melaka," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >