Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua hak asasi PBB selar Trump dan Wilder sebagai 'demagog'

Sep 06, 2016 | 02:13 PM



THE HAGUE: Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membidas ahli politik populis seperti Encik Donald Trump dan pemimpin berhaluan kanan Belanda, Encik Geert Wilders, dan menggesa agar diambil tindakan untuk menghentikan "demagog dan pelamun politik" seperti mereka.



(Demagog ialah pemimpin politik yang cuba mendapatkan sokongan orang ramai melalui ucapan dan hujah penuh emosi tetapi tidak munasabah atau tidak rasional.)



Bercakap di The Hague pada Isnin (5 Sep), Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Encik Zeid Ra'ad Al Hussein, berkata beliau seorang Muslim yang peranannya ialah "mempertahan dan memajukan hak asasi setiap individu, di mana-mana sahaja".



"Dan saya marah juga. Sebab pembohongan dan kenyataan separuh benar, manipulasi dan perbuatan menjaja ketakutan yang dilakukan Encik Wilders," kata Encik Zeid di perasmian Yayasan Keamanan, Keadilan dan Keselamatan yang berpangkalan di The Hague.



Bulan lalu, Parti Kebebasan (PVV) Encik Wilders melancarkan platform kempen pilihan raya Mac depan dengan ikrar akan "menutup masjid, madrasah dan mengharamkan Al-Quran" jika dipilih.



PVV, yang mendahului dalam pungutan pendapat, juga berikrar akan menterbalikkan "Islamisasi" Belanda dengan menutup sempadan, menutup pusat pencari suaka, mengharamkan pendatang dari negara Islam dan melarang wanita Islam memakai tudung.



Encik Zeid menyelar usul PVV itu dan berkata Encik Wilders ada banyak persamaan dengan Encik Trump, calon Republikan bagi presiden Amerika Syarikat; Perdana Menteri Hungary, Encik Viktor Orban; pemimpin Parti Nasional Perancis, Cik Marine Le Pen; dan pendukung utama kempen Brexit, Encik Nigel Farage.



Beliau juga berkata mereka mempunyai persamaan dengan ideologi yang didukung kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



"Mereka semua cuba dalam peringkat berbeza-beza mendapatkan semula masa lalu, yang tenang dan damai dan dalam bentuk tulennya, di mana ladang yang diterangi cahaya matahari diputuskan oleh orang ramai yang bersatu mengikut kaum atau agama," ujar Encik Zeid.



"Ia masa lalu yang sungguh pasti, pada hakikatnya, tidak wujud di mana-mana."



Janji mereka untuk mendapatkan semula masa lalu seperti itu adalah "cerita rekaan; pedagangnya penipu. Penipu bijak," katanya, sambil menuduh pemimpin populis menggunakan "kenyataan separuh benar dan melampaui batas" untuk menambahkan kebimbangan individu-individu "cemas".



Ia satu formula mudah "untuk membuat penonton sasaran anda berasa sedap dengan menawarkan apa yang merupakan khayalan bagi mereka, tetapi satu ketidakadilan dahsyat kepada orang lain".



"Saya tidak menyamakan tindakan penghasut nasionalis dengan orang-orang Daesh, yang lebih dahsyata dan menjijikkan," kata Encik Zeid, menggunakan nama lain bagi ISIS.



Tetapi kaedah komunikasi kumpulan militan itu "adalah taktik yang sama dengan yang digunakan orang-orang populis itu", dengan kedua-dua kumpulan mendapat manfaat daripada satu sama lain untuk terus hidup, katanya.



"Kita mesti hentikan unjuran ini," kata Encik Zeid, sambil memberi amaran ada risiko "suasana akan menjadi tebal dengan kebencian" yang boleh "merosot dengan cepat menjadi pengganasan amat besar." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >