Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy taruh harapan BN bentuk kerajaan

Nov 18, 2022 | 10:26 PM



MENTERI Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaludin, yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh menaruh harapan Barisan Nasional (BN) akan berjaya membentuk kerajaan selepas rakyat Malaysia keluar mengundi esok (19 November).



Bercakap dengan media semasa memanfaatkan beberapa jam terakhir tempoh berkempen di sekitar kawasan Kota Damansara, Encik Khairy berkata:



“Kami berharap dapat membentuk kerajaan... dapat melepasi garisan esok.”



Sepanjang tempoh berkempen ini, beliau berkata pengundi telah jelas menyuarakan keprihatinan mereka tentang isu ekonomi harian.



Selain berharap calon yang dipilih boleh membantu mereka menangani kos sara hidup dengan lebih baik, Encik Khairy berkata mereka juga mahu seseorang yang boleh menyelesaikan isu harian yang mereka hadapi termasuk mutu kehidupan, perumahan, lalu lintas dan perparitan.



“Pada masa yang sama, mereka juga inginkan kestabilan dan kewibawaan,” ujarnya.



Encik Khairy yang meninggalkan kerusi Parlimen Rembau di Negeri Sembilan yang didudukinya selama tiga penggal sejak 2008 berhadapan dengan pertandingan tujuh penjuru di Sungai Buloh.



Dalam pada itu, semasa menyampaikan perutusan Hari Mengundi sebentar tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini merupakan wadah bagi BN mendapatkan kembali mandat rakyat.



“Mandat ini penting kerana mereka yang diberikan peluang membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu telah memburukkan lagi keadaan negara.



“Ramai rakyat amat merindui kegemilangan BN yang telah mereka saksikan dahulu. Kegemilangan pembangunan negara, kerancakan ekonomi yang menatijahkan kesejahteraan hidup rakyat.



“Sehubungan itu, pilihan raya kali ini adalah peluang bagi seluruh rakyat berganding bahu dan bersatu hati,” ujarnya.



Rakyat Malaysia keluar mengundi esok, dengan lebih 21.1 juta pengundi layak mengundi dalam PRU15 ini, termasuk sekitar 1.4 juta pengundi berumur 18 hingga 20 tahun yang boleh mengundi buat kali pertama dalam sebuah pilihan raya umum selepas umur layak mengundi di negara itu diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >