Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL hati-hati untuk pertingkat tegang dengan China mengenai isu bot nelayan

Mar 28, 2016 | 07:31 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia menunjukkan pada Ahad (27 Mac) keengganannya meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan berhubung kehadiran berpuluh-puluh bot nelayan yang didakwa dari Cina dalam Zon Ekonomi Eksklusifnya.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata beliau yakin jika kehadiran mereka disahkan, isu itu "boleh diselesaikan secara dua hala" dengan China kerana hubungan dua negara itu kukuh.



Ditanya mengenai kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabtu lalu bahawa ia mengesan 82 bot nelayan asing di perairan Malaysia di luar Sarawak, Datuk Seri Hishammuddin berkata: "Itu perlu disahkan kerana kami tidak mahu perkara menjadi besar kepada sesuatu keadaan, disebabkan sensasi dan emosi."



Beliau menolak keperluan melibatkan tentera mengenai isu ini. "Saya tidak fikir kami mahu menghantar kapal perang sekalipun ia benar, untuk mengusir bot nelayan," katanya kepada pemberita.



Ketua Pengarah APMM, Laksamana Muda Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, dipetik oleh Bernama sebagai berkata agensi itu tidak dapat mengesahkan bot-bot itu dari mana kerana ia tidak mempunyai perkara yang boleh dikenal pasti seperti bendera atau nombor panel.



Minggu lalu, laporan muncul bahawa kira-kira 100 bot nelayan berada dalam EEZ Malaysia. Percubaan berkomunikasi dengan bot-bot tersebut melalui radio laut juga tidak dijawab.



Insiden tersebut berlaku selepas Jakarta minggu lalu berkata bot peronda China secara paksa menghalang pihak berkuasa maritim Indonesia menahan sebuah bot nelayan China yang didakwa menangkap ikan di perairan Indonesia berhampiran Kepulauan Natuna.



China menegaskan bot nelayan itu berada "dalam kawasan menangkap ikan tradisional China".



Sementara itu, media di Taiwan melaporkan kejadian kedua Sabtu lalu, di mana sebuah bot nelayan Taiwan di Selat Melaka didakwa ditahan oleh sebuah kapal Indonesia.



Nelayan itu mendakwa mereka terpaksa membayar "rasuah" agar bot tersebut dibebaskan.



Ditanya apakah pegawai Indonesia memang meminta rasuah AS$300 ($400) yang didakwa itu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar Taiwan, Cik Eleanor Wang, berkata ia belum dapat disahkan.



Kejadian pertama berlaku baru-baru ini apabila sebuah bot peronda Indonesia melepaskan tembakan ke arah dua bot Taiwan. Tidak ada sesiapa cedera, tetapi bot tersebut rosak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >