Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Utara akan terima padah jika bekal senjata ke Russia: AS

Sep 06, 2023 | 02:58 PM



WASHINGTON/MOSCOW: Rundingan senjata antara Russia dengan Korea Utara sedang giat dijalankan, kata seorang pegawai Amerika Syarikat pada Selasa.


Ia memberi amaran kepada pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un bahawa negaranya akan menerima padah jika membekalkan senjata kepada Russia untuk digunakan di Ukraine.

Menyediakan senjata kepada Russia “tidak akan mendatangkan kebaikan kepada Korea Utara, malah mereka akan menerima padahnya”, kata penasihat keselamatan negara Amerika, Encik Jake Sullivan, kepada pemberita di Rumah Putih.

Kremlin berkata pada Selasa, “tiada apa-apa yang hendak dikatakan” mengenai kenyataan pegawai Amerika itu bahawa Encik Kim merancang untuk pergi ke Russia bulan ini, untuk bertemu Presiden Encik Vladimir Putin, dan membincangkan bekalan senjata ke Moscow.

Encik Kim menjangkakan perbincangan mengenai senjata akan diteruskan, kata Encik Sullivan, termasuk di peringkat pemimpin dan “mungkin juga secara peribadi”.

Moscow kini katanya “mencari apa sahaja sumber yang mereka boleh temui” untuk barangan seperti peluru.

“Kami akan terus menggesa Korea Utara untuk mematuhi komitmen awam supaya tidak membekalkan senjata kepada Russia yang akhirnya akan membunuh rakyat Ukraine,” ujar Encik Sullivan.

Pada Isnin, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika, Cik Adrienne Watson, berkata Encik Kim dan Encik Putin mungkin merancang untuk bertemu.

The New York Times memetik pegawai Amerika dan sekutu yang tidak dinamakan sebagai berkata, Encik Kim merancang pergi ke Russia minggu depan, untuk bertemu Encik Putin.


Ditanya sama ada beliau boleh mengesahkan rundingan itu, jurucakap Kremlin Encik Dmitry Peskov, berkata: “Tidak, saya tidak boleh. Tiada apa-apa untuk dikatakan.”

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Utara, pada November berkata, Pyongyang “tidak pernah melakukan ‘urus niaga senjata’ dengan Russia” dan “tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian pada masa hadapan”.

Moscow dan Pyongyang telah berjanji untuk meningkatkan kerjasama pertahanan.

Cik Watson, berkata Menteri Pertahanan Russia, Encik Sergei Shoigu berada di Pyongyang baru-baru ini dan cuba memujuk Korea Utara untuk menjual peluru artileri kepada Russia.

Encik Shoigu, yang melawat Pyongyang pada Julai untuk menghadiri pameran senjata termasuk peluru berpandu balistik terlarang Korea Utara, berkata pada Isnin, bahawa kedua-dua negara sedang membincangkan kemungkinan latihan ketenteraan bersama. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >