Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Lawatan Anwar ke Arab Saudi 'kesilapan besar diplomatik': KJ

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bekas menteri kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin berkata kegagalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dari Arab Saudi semasa lawatan rasminya baru-baru ini hanyalah "kesilapan besar diplomatik".



"Macam mana pun alasan, (contohnya) yang mengatakan dia (Arab Saudi) minta perdana menteri tinggal sehari dua lagi, lepas itu boleh jumpa. Perdana menteri Malaysia tidak patut pergi ke Arab Saudi kalau tiada jadual tetap, itu saja, itu sahaja yang ada," kata Encik Khairy dalam podcast bersama bekas ketua penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan.



Kedua-dua bekas pemimpin itu dipecat daripada Umno baru-baru ini.



Encik Khairy bersetuju dengan cadangan Encik Shahril bahawa insiden itu bukan sahaja satu kesilapan, tetapi juga memalukan negara.



Beliau berkata terdapat cubaan oleh ahli politik kerajaan untuk meremehkan insiden itu.



"Tidak, ini bukan kecil. Ini amat memalukan."



Beliau mengimbas kembali pengalamannya mengatur program lawatan perdana menteri ke luar negara.



"Saya tahu bahawa kita tidak akan pergi sekiranya program itu tak 'ditetapkan'," katanya, sambil menambah waktu lawatan Datuk Anwar pada awal Ramadan juga boleh dipersoalkan.



"Sebab pada minggu pertama Ramadan, memang jadual-jadual tidak menentu, tak boleh buat saat-saat akhir. Saya difahamkan yang Arab Saudi sendiri telah memberi isyarat supaya cuba untuk jangan datang."



Beliau berkata inti pati isu itu ialah hakikat bahawa Wisma Putra mengesahkan bahawa Datuk Anwar akan bertemu kedua-dua pemerintah "de facto" Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mohammed.



"Jadi soal tarikh itu diubah dan sebagainya tak timbul. Tujuan anda pergi ke Arab Saudi adalah untuk bertemu dengan raja, dan lebih penting putera mahkota. Kita tahu bahawa sejak beberapa tahun yang lepas, yang sebenarnya menerajui kerajaan Arab Saudi adalah Putera Mahkota Mohammed bin Salman."



Berita bahawa lawatan rasmi tiga hari Datuk Anwar ke Arab Saudi berakhir tanpa sebarang pertemuan dengan Putera Mohammed tidak lama kemudian diikuti dengan komen bertubi-tubi daripada pemimpin pembangkang, dengan media sosial dibanjiri sindiran mengenai lawatan itu.



Laporan Bernama berkata pertemuan itu tidak dapat berlangsung kerana putera mahkota itu mempunyai perubahan rancangan menjelang bulan Ramadan.



Ini menyebabkan pakatan pembangkang Perikatan Nasional (PN) menuntut penjelasan mengenai peristiwa yang membawa kepada pembatalan pertemuan itu.



Ramai juga membuat perbandingan dengan penghormatan yang diberikan kepada bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021, di mana Putera Mohammed, atau lebih dikenali sebagai MBS, menyambutnya secara peribadi di lapangan terbang.



Sebagai tindak balas, ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan unit propaganda kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri mengecam pengkritik, mengatakan lawatan Datuk Anwar membuahkan hasil walaupun tidak bertemu putera mahkota.



Encik Khairy dalam pada itu berkata kepentingan hubungan dengan Arab Saudi melangkaui persepsi umum bahawa kerajaan Malaysia sedang merayu untuk meningkatkan kuota haji dari Riyadh.



"Kalau kita lihat dari segi geopolitik, peranan yang dimainkan oleh Arab Saudi sekarang sangat-sangat penting, mungkin lebih penting daripada Turkey."- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >