Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 27,000 mangsa banjir Myanmar dipindahkan ke tempat perlindungan

Oct 11, 2023 | 01:32 PM



YANGON: Lebih 27,300 orang di Bago, Selatan Myanmar, telah dipindahkan ke 47 tempat perlindungan sementara pada Selasa akibat banjir melanda apabila paras sungai meningkat, kata agensi berita Xinhua yang memetik laporan saluran televisyen MRTV milik pemerintah.


Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara, paras air Sungai Bago di wilayah Bago telah melebihi paras bahaya sejak Ahad.

Paras air di sungai itu pada Selasa adalah kira-kira 1.22 meter atau empat kaki di atas paras bahaya, kata biro cuaca, sambil menambah bahawa ia dijangka berkurangan kira-kira 15 sentimeter atau enam inci dalam sehari.

Bago, yang terletak sekitar 68 kilometer ke timur laut Yangon, adalah bandar terbesar di Myanmar.

Akibat banjir yang berlaku, perjalanan kereta api merentasi Wilayah Bago telah digantung sejak Ahad, kata seorang pegawai kereta api.

“Ia adalah banjir terbesar yang pernah saya alami dalam hidup saya dalam tempoh 35 tahun. Tiada air minuman dan tiada apa yang boleh dimasak. Semuanya ditenggelami air,” kata Cik Aye Aye Aung, seorang penduduk Bago, kepada Xinhua.


Seorang pegawai kanan di Kementerian Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula, Cik Lay Shwe Zin Oo, berkata hujan berterusan di wilayah Bago yang bermula minggu lalu menyebabkan banjir di kawasan rendah di sekitar ibu kotanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Hampir seluruh kawasan bandar telah ditenggelami air,” kata pengerusi Yayasan Amal Mizzima Thukha, Encik Thant Zin Maung, kepada pemberita pada Isnin.

“Ia adalah banjir ketiga pada tahun ini dan yang terburuk dalam beberapa tahun. Semua biara dan kuil di bandar telah membuka kem bantuan untuk mangsa. Pertubuhan kebajikan memindahkan orang ramai dari kawasan rendah seberapa yang boleh,” tambahnya.

Myanmar mengalami cuaca ekstrem hampir setiap tahun semasa musim tengkujuh.

Pada 2008, Taufan Nargis mengorbankan lebih 138,000 orang. Pada Julai dan Ogos tahun ini, banjir di wilayah Mon, Kayin dan Rakhine serta wilayah Bago dan Magway meragut nyawa lima orang dan menyebabkan kira-kira 60,000 orang kehilangan tempat tinggal. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >