Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agensi kerajaan M’sia diarah siap siaga hadapi banjir

Oct 10, 2023 | 02:23 PM



KOTA BHARU: Semua agensi diarah bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir yang diramal menjelang akhir tahun ini, terutama di negeri pantai timur Malaysia.


Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata penekanan harus diberikan pada perancangan persediaan dalam menghadapi musim bencana yang mendatang.

Keselamatan dan kebajikan mangsa perlu dititik berat, katanya, di samping kesiapsiagaan semua agensi, khususnya pemberi bantuan, dalam menguruskan sumber dan logistik.

“Dalam agenda mesyuarat membabitkan ketua jabatan dan agensi persekutuan, persediaan bagi menghadapi monsun timur laut antara agenda mesyuarat.

“Penyelarasan menyeluruh oleh semua agensi yang terbabit amat kritikal, khususnya pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah, yang perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semua jabatan dan agensi perlu memberikan sepenuh sokongan kepada agensi yang terbabit secara langsung, seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan lain-lain pasukan keselamatan yang berkenaan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada Selasa.


Datuk Fadillah berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat ketua jabatan dan agensi persekutuan Kelantan pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau percaya perancangan dan pelaksanaan projek fizikal berkaitan tebatan banjir, seperti Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang mencecah RM1.3 bilion ($380 juta) oleh kerajaan persekutuan, dijangka membantu mengurangkan kesan bencana alam ke atas Kelantan apabila siap kelak.

“Untuk Kelantan, sebanyak RM122 juta meliputi pelbagai jenis bantuan banjir sudah disalurkan kepada mangsa yang terbabit banjir.

“Kita berterima kasih di atas kerjasama pihak kerajaan negeri serta semua agensi yang terbabit dalam menguruskan agihan bantuan kepada mangsa,” katanya.

Pada akhir 2022, beberapa negeri di Malaysia, antaranya Terengganu, Kelantan, Perak, Johor dan Pahang, teruk dilanda banjir hingga menjejaskan hampir 80,000 mangsa.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menganggarkan negara itu mengalami kerugian berjumlah RM622.4 juta akibat bencana banjir di seluruh negara, kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, pada 2022. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >