Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 55 petugas terkorban dalam pilihan raya presiden Indonesia

Feb 19, 2024 | 03:06 PM



JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan kematian seramai 57 pegawai pilihan raya setakat 17 Februari akibat masalah kesihatan atau kemalangan, dengan jumlah tertinggi di Jawa Barat seramai 13 pegawai, diikuti Jawa Timur (12), Jawa Tengah (11) dan Jakarta (enam).


Pegawai ini memegang pelbagai tugas termasuk 29 anggota Jawatankuasa Pengawas Pilihan Raya, 10 sukarelawan perlindungan masyarakat, sembilan saksi, enam pegawai, dua anggota jawatankuasa pusat mengundi dan seorang anggota Badan Pengawas Pilihan Raya.

Menurut jurucakap kementerian, Cik Siti Nadia Tarmizi, penyebab utama kematian ialah penyakit jantung yang membabitkan 13 kes, kemalangan (lapan kes) manakala sindrom gangguan pernafasan akut dan darah tinggi masing-masing lima kes, lapor agensi berita.

“Kira-kira 15 peratus pegawai pilihan raya berusia lebih 55 tahun kerana bilangan sukarelawan yang terhad. Ada yang menghidap penyakit yang tidak terkawal,” jelas beliau.

Dalam kalangan pegawai yang meninggal dunia, terdapat empat berumur antara 17 dengan 20 tahun, tujuh berumur antara 21-30 tahun, lapan berumur 31-40 tahun, 18 berumur 41-50 tahun, 15 berumur 51-60 tahun dan lima berumur lebih 60 tahun.

Dalam pilihan raya umum 2024, lebih 800,000 pusat dibuka di seluruh negara dengan 5.74 juta pegawai ditugaskan, sama ada di dalam negeri atau di luar negara, berbanding 5.66 juta pegawai pada 2019.

Dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada 14 Februari itu, data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Umum, pemilu2024.kpu.go.id, pada 6.30 petang 17 Februari, menunjukkan pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka mendahului dengan 57.95 peratus undi.

Pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD pula masing-masing meraih 24.48 peratus dan 17.57 peratus undi.

Sehingga kini 66.61 peratus daripada undi telah selesai dikira.

Sekitar 205 juta rakyat Indonesia membuang undi pada pagi 14 Februari untuk memilih bukan sahaja presiden dan naib presiden, tetapi juga wakil parlimen dan penguasa tempatan.

Ribuan calon ahli parlimen berusaha untuk mengisi 580 kerusi di Parlimen negara yang dikenali sebagai Dewan Rakyat, dan sekitar 20,000 kerusi di peringkat wilayah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >