Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hanyut di laut 24 hari!

Lelaki Kepulauan Caribbean bertahan dengan hanya makan sos tomato sebelum diselamatkan

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



BOGOTA: Seorang lelaki dari pulau Caribbean Dominica berkata beliau terselamat 24 hari setelah hanyut di laut dalam bot layar dengan hanya memakan sos tomato sebelum diselamatkan di perairan Colombia, kata pihak berkuasa tentera laut negara itu.



"Saya tidak mempunyai makanan. Hanya ada sebotol sos tomato di atas bot, serbuk bawang putih dan (kiub bouillon) Maggi.



"Jadi saya mencampurkannya dengan sedikit air untuk saya bertahan selama 24 hari di dalam laut," kata Encik Elvis Francois, 47 tahun, dalam bahasa Inggeris, dalam video yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Colombia.



Penduduk pulau itu telah mengukir perkataan 'tolong' di tepi bot dan beliau ditemui 120 sekitar 222 kilometer di utara-barat Puerto Bolivar di kawasan utara La Guajira.



Encik Francois berkata beliau melihat bot lain lalu dan cuba mendapatkan perhatian mereka, dengan menyalakan api di atas botnya, tetapi mereka tidak melihatnya.



Beliau juga terpaksa bekerja keras mengeluarkan air daripada botnya supaya ia tidak tenggelam.



"Hari-hari terakhir, kira-kira 15 Januari, saya melihat sebuah pesawat. Saya mempunyai cermin. Saya membuat beberapa isyarat," katanya, menggambarkan bagaimana beliau menggunakan kaca untuk menangkap silau matahari dan menarik perhatian.



"Mereka melintasi bot dua kali jadi saya sedar mereka nampak saya," tambahnya.



"Saya bersyukur kerana masih hidup hari ini kerana mereka."



Kru pesawat memaklumkan tentera laut yang kemudian menyelamatkan Encik Francois dengan bantuan sebuah kapal dagang.



Encik Francois menambah: "24 hari, tak lihat tanah. Tiada sesiapa untuk bercakap. Tak tahu nak buat apa. Tidak tahu di mana anda berada. Ia amat sukar... ada juga detik-detik saya hilang harapan. Saya cuba fikirkan tentang keluarga saya."



Video yang dikeluarkan oleh tentera laut menunjukkan seorang doktor memeriksa Encik Francois, yang kelihatan dalam keadaan sihat.



"Ia sangat sukar. Saya tidak tahu bagaimana saya hidup hari ini tetapi saya masih hidup. Dan saya berterima kasih," katanya.



Encik Francois sedang berusaha membaiki bot layar di pelabuhan di pulau Caribbean St Maarten di Antilles Belanda pada Disember apabila cuaca berubah buruk dan beliau dihanyut ke laut, kata Tentera Laut.



"Tanpa mempunyai pengetahuan tentang pelayaran, beliau sesat dan keliru," tambah kenyataan itu.



Encik Francois cuba membuat panggilan pada telefon bimbitnya, tetapi beliau kehabisan isyarat.



Beliau diserahkan kepada pihak imigresen untuk menyelaraskan kepulangan ke negaranya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >