Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan depoh peluru: Penduduk sekitar mungkin dipindahkan

Apr 01, 2024 | 12:53 PM



JAKARTA: Panglima Tentera Darat, Jeneral Maruli Simanjuntak, berkata terdapat kemungkinan pemindahan penempatan yang terletak berhampiran depoh peluru di Desa Ciangsana, Kabupaten Bogor, Jawa Barat.


“Ya, ada kemungkinan (pemindahan),” kata Jeneral Maruli di Kabupaten Bogor pada Ahad 31 Mac, sebagai respons terhadap kebakaran dan letupan yang melanda depoh itu pada Sabtu 30 Mac.

“Kami masih membincangkan (kemungkinan penempatan semula). Kami dapat mengatasi gangguan ini, jadi kami akan membincangkan sama ada mungkin untuk (penduduk) tidak merasa terganggu dengan semua jenis bunyi (di depoh),” jelasnya.

Jeneral Maruli berkata lokasi depoh peluru tidak berubah sejak 1987. Menurutnya, kompleks kediaman itu yang dibina berhampiran depoh berkenaan.

“Kami telah berada di sini sejak lama dahulu. Tetapi kami akan terus menilai keadaan kerana kompleks tentera juga menghampiri kawasan kejiranan awam,” tambahnya.

Walaupun lokasi depoh peluru ketika ini berdekatan dengan kawasan perumahan, Jeneral Maruli menegaskan keselamatan adalah mencukupi.

“Memang memadai, tetapi kita akan menilai risiko dan gangguan (yang dialami penduduk),” katanya.

Sebelum ini, Panglima TNI Jeneral Agus Subiyanto mendedahkan berdasarkan pengamatan awal, punca kebakaran di Gudmurah milik Kodam Jaya di Desa Ciangsana, Kabupaten Bogor, berpunca daripada peluru sensitif luput.

“Buat masa ini, kemungkinan (kebakaran) disebabkan oleh peluru yang telah tamat tempoh,” kata Jeneral Agus Subiyanto.

Beliau menjelaskan peluru yang telah tamat tempoh agak sensitif atau tidak stabil, sehingga apabila terdedah kepada geseran atau haba ia mudah meletup.

Jeneral Agus Subiyanto mengesahkan 65 tan peluru tamat tempoh terjejas akibat kebakaran dan letupan baru-baru ini, yang melanda depoh peluru Tentera Darat di Ciangsana, Daerah Bogor, Jawa Barat.

“Terdapat amunisi berkaliber kecil dan besar (di depoh) dan jumlah amunisi di sana ialah 65 tan,” kata beliau, dipetik agensi berita Antara.


Beliau berkata amunisi yang disimpan di depoh itu berasal daripada beberapa unit dalam Komando Tentera Wilayah Jakarta (Kodam Jaya). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >