Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Indonesia timbang usia minimum calon presiden, naib presiden

Keputusan bakal buka jalan kepada anak sulung Presiden Joko Widodo untuk bertanding pada 2024
Oct 11, 2023 | 03:13 PM



JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia akan bersidang minggu depan bagi memutuskan petisyen yang bertujuan menurunkan umur minimum calon presiden dan naib presiden dalam pilihan raya, yang boleh membuka jalan kepada anak sulung Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo untuk bertanding pada 2024.


Negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu akan keluar mengundi dalam pilihan raya presiden dan perundangan serentak pada Februari 2024.

Mahkamah akan memutuskan permintaan semakan kehakiman apabila ia bersidang pada 16 Oktober, kata jurucakap mahkamah pada Selasa.

Anak presiden dan Datuk Bandar Surakarta, Encik Gibran Rakabuming Raka, tidak mengumumkan sebarang hasrat untuk bertanding, tetapi ahli politik yang menyokong kempen calon presiden Encik Prabowo Subianto telah menggesa Encik Gibran menjadi pasangan calon Encik Prabowo.

Sekarang ini, umur minimum untuk calon presiden dan naib presiden ialah 40 tahun.

Mahkamah telah menerima tujuh permohonan semakan kehakiman yang menggesa had umur diturunkan kepada 35 tahun.

Encik Gibran berusia 36 tahun.

Menurut dokumen mahkamah, salah satu parti politik yang mengajukan petisyen, Parti Solidariti Indonesia, berhujah bahawa penetapan had umur adalah suatu bentuk diskriminasi.

Parti itu kini dipengerusikan oleh anak bongsu Encik Jokowi, Encik Kaesang Pangarep.

Mahkamah tidak sepatutnya mengambil kes itu, dengan alasan perubahan yang diminta sepatutnya dilakukan dengan mengemukakan rang undang-undang ke parlimen, kata Encik Feri Amsari, pakar undang-undang perlembagaan dari Universiti Andalas.

“Ini tidak sihat untuk demokrasi kita,” katanya sambil menyatakan bahawa proses pilihan raya sudah pun dijalankan.

Walaupun mahkamah berkemungkinan mengekalkan had umur minimum yang sedia ada, hakim boleh menambah klausa yang membenarkan sesiapa yang berpengalaman bekerja sebagai pegawai kanan pemerintah untuk dicalonkan, kata Encik Feri.

Menurutnya, perubahan tersebut boleh menguntungkan Encik Gibran jika beliau bercadang untuk bertanding.

Encik Feri menegaskan bahawa ketua hakim mahkamah adalah abang ipar Encik Jokowi.

Calon kedua-dua jawatan utama itu dijangka mendaftar secara rasmi kepada suruhanjaya pilihan raya dari 19 hingga 25 Oktober.

Encik Prabowo dan mantan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, kini mendahului dalam perlumbaan yang sengit, dengan mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, berada di belakang, menurut hasil tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini.

Tinjauan awal pada Ogos oleh Saiful Mujani Research and Consulting (SMRC), misalnya, mendapati Encik Ganjar kini mempunyai populariti yang meningkat sebanyak 5.1 peratusan mata – daripada 30.8 peratus pada Julai kepada 35.9 peratus.

Populariti Encik Prabowo pula menurun sebanyak 4.2 peratus – daripada 37.8 peratus kepada 33.6 peratus.

Encik Jokowi sebelum ini disebut sebagai menyokong idea bagi menggandingkan Encik Ganjar dengan Encik Prabowo bagi memastikan kemenangan secara terang-terangan ke atas Encik Anies yang dianggap sebagai tokoh pembangkang kepada pemerintah yang ada kini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >