Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa gempa Maghribi masih tunggu bantuan kerajaan

Sep 15, 2023 | 04:57 PM



AZERMOUN (Maghribi): Penduduk kampung di beberapa kawasan terpencil yang dilanda gempa bumi Maghribi masih tinggal di khemah sementara dan bergantung kepada keldai untuk membawa bekalan penting.


Kehidupan mereka penuh penantian – mengharapkan ketibaan bantuan daripada kerajaan meskipun bencana akibat gempa sudah seminggu berlalu.

Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter yang melanda Pergunungan Atlas pada 8 September telah mengorbankan 2,946 nyawa dan mencederakan 5,674 orang, menurut angka rasmi terkini.

Ini menjadikan gempa tersebut yang mengakibatkan jumlah kematian tertinggi di Maghribi sejak 1960 dan paling kuat melanda negara itu sejak sekitar 1900.

Meskipun khemah yang diberikan kerajaan dan hospital medan tentera telah muncul di beberapa bandar yang lebih besar, namun, sebahagian penduduk di wilayah yang terjejas, masih bertahan dengan sumbangan orang ramai yang ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Di sepanjang jalan terpencil yang menghubungkan Amazigh, atau Berber, mangsa-mangsa yang terselamat berlindung dalam khemah kecil atau di bawah kepingan plastik kerana bimbang berlakunya gempa susulan.

“Kami penduduk Amazigh berasa seperti orang asing di negara kami sendiri. Kami berasa terasing. Penduduk di sini memerlukan bantuan dan kami seolah-olah dibiarkan sendirian,’’ kata Cik Radouen Oubella, 20 tahun, ketika ditemui di kampungnya di Azermoun. Beliau merungut kerana telah lama berasa dipinggirkan.

Kerajaan sebelum ini menyatakan ia sedang dan telah melakukan segala yang boleh untuk membantu semua mangsa gempa bumi. Istana diraja berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa 50,000 rumah diketahui telah rosak akibat gempa bumi, dan ia akan menyediakan tempat tinggal dan bantuan tunai 30,000 dirham ($4,140) kepada isi rumah yang terjejas.

Ia juga berjanji untuk menawarkan bantuan pembinaan semula sebanyak 140,000 dirham untuk rumah yang runtuh dan 80,000 untuk yang rosak.

“Rakyat menderita dalam gempa bumi ini. Mereka tidak mempunyai apa-apa. Kami hidup hanya berbekalkan udara. Kami memerlukan khemah dan selimut,” kata Mohamed Zidane, 55 tahun, dari daerah Aoufour.

Bandar Marrakesh, yang terletak kira-kira 72 kilometer dari pusat gempa dan mengalami sedikit kerosakan, akan menjadi tuan rumah mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa seperti yang dirancang dari 9 hingga 5 Oktober, kata gabenor bank pusat Maghribi..

Tetapi, di perkampungan Amazigh terdapat sedikit tanda bantuan daripada pihak berkuasa akan menjadi kenyataan atau kehidupan kembali normal dalam masa terdekat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >