Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha giat cari mangsa gempa Maghribi, masa kian suntuk

Sep 14, 2023 | 03:39 PM



INEGHEDE (Maghribi): Pasukan penyelamat meningkatkan usaha besar-besaran pada Rabu di perkampungan gunung Maghribi yang musnah ketika peluang tampak semakin pudar untuk mencari mangsa yang terselamat.


Gempa bumi minggu lalu itu mengorbankan hampir 3,000 orang dan menyebabkan ramai kehilangan tempat berteduh dan hanya tinggal sehelai sepinggang.

Kenderaan yang sarat dengan bekalan meredah jalan-jalan di pergunungan yang berliku-liku untuk menghantar makanan dan khemah kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi terkuat dan paling dahsyat dalam lebih enam dekad.

Gempa bumi yang lebih kecil masih menggegarkan zon bencana yang menyaksikan sebuah bongkah batu jatuh dan mencederakan seorang penduduk di perkampungan Imi N’Tala.

Pasukan mencari dan menyelamat masih menyelongkar puing-puing runtuhan bangunan untuk mencari mangsa yang masih bernyawa.

Maghribi kini sudah melepasi 72 jam – tempoh yang dianggap berkemungkinan besar sukar untuk menemui mangsa yang terselamat.

“Kami bekerja di banyak tempat,” kata Encik Fahas Abdullah Al Dosanri dari Jabatan Bomba Qatar, antara pasukan antarabangsa yang tampil membantu.

Menurutnya, beberapa buah kampung terpencil masih tidak dapat diakses melalui jalan raya.

Pihak berkuasa Maghribi melaporkan bahawa para pegawainya sedang berusaha untuk membersihkan jalan raya tidak berturap yang telah terputus akibat tanah runtuh.

Di kawasan paling teruk dilanda di selatan Marrakesh, banyak kampung di pergunungan High Atlas musnah sepenuhnya dan penduduk tempatan berlindung dalam khemah kuning yang dibekalkan kerajaan.

“Kami hanya mempunyai sumbangan makanan dan kami mempunyai beberapa selimut, tetapi tiada rumah,” kata Cik Afrah Fouzia, 18 tahun, mangsa yang terselamat di perkampungan pergunungan kecil Tikht, yang rosak teruk.

“Tidak lama lagi musim hujan akan bermula, ia akan menjadi lebih sejuk dan kami akan menjalani kehidupan lebih sukar,” katanya kepada AFP sambil memberitahu ramai kanak-kanak yang berlindung di situ.


Khemah-khemah di Tikht dan tempat lain adalah petunjuk bahawa bantuan sampai ke beberapa tempat terpencil tetapi hanya untuk sementara dan tidak akan mencukupi apabila cuaca berubah.

Maghribi kini berkabung dengan angka kematian terkini yang dikeluarkan lewat Rabu mencatatkan sekurang-kurangnya 2,946 maut dan 5,674 cedera dalam gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda lewat Jumaat.

Helikopter sedang digunakan untuk memindahkan mangsa yang cedera dari tempat terpencil atau yang tidak boleh diakses melalui jalan raya, dengan media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang telah diterbangkan ke Marrakesh pada Rabu.

Jumlah korban tidak mungkin menjadi yang terakhir kerana para pekerja kecemasan sedang mengesan mayat yang tertimbus dalam runtuhan termasuk di gunung Talat N’Yaqoub.

Di hab pelancongan Marrakesh, ramai keluarga dilihat masih tidur di tempat terbuka untuk malam kelima, berhimpit dengan selimut di dataran awam kerana takut gempa susulan berlaku. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >