Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa terakhir tanah runtuh dekat Genting ditemui

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



BATANG KALI (Selangor): Mayat mangsa ke-31 dan terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali- Gohtong di sini, berjaya ditemui semalam.



Difahamkan, mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 4.50 petang.



Mayat mangsa dipercayai ditemui di Sektor A kerana usaha pencarian pada hari ini ditumpukan di sektor berkenaan.



Difahamkan mayat mangsa, yang juga seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 11 tahun itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.



Operasi SAR masuk hari kesembilan semalam dimulakan sejak 7.30 pagi itu membabitkan 80 anggota daripada JBPM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).



Dalam kejadian kira-kira 2 pagi pada 16 Disember lalu, tapak perkhemahan itu mengalami tanah runtuh yang memusnahkan tiga tapak perkhemahan di Father's Organic Farm iaitu di River Side Campsite, Farm View Campsite dan Hilltop Campsite.



Daripada 92 mangsa terbabit, seramai 78 adalah pengunjung tapak perkhemahan, manakala 14 lagi adalah pekerja ladang.



Seramai 61 mangsa selamat, manakala 31 disahkan meninggal dunia dan semuanya pengunjung tapak perkhemahan terbabit.



Seramai 13 kanak-kanak, enam perempuan dan tujuh lelaki berusia satu hingga 12 tahun, antara mangsa yang terkorban.



Enam lelaki dewasa berusia antara 33 hingga 67 tahun juga maut.



Baki 12 lagi mangsa adalah wanita dewasa berusia antara 31 dan 44 tahun.



Mengenai operasi SAR semalam, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata operasi ditumpukan di antara Sektor A (Hill View) yang dijangkakan lokasi terakhir mangsa, seorang kanak-kanak lelaki, berada. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >