Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan gabenor Sarawak didakwa ‘hilang’

Feb 06, 2024 | 07:38 PM



KUCHING: Kehilangan mantan gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87 tahun, yang sedang sakit menjadi topik hangat dan menarik perhatian ramai di Malaysia, dengan ahli keluarganya mendakwa mereka tidak tahu di mana beliau sekarang, manakala isterinya menafikan dakwaan beliau “menculik” suaminya.


Salah seorang saudara Tun Taib, Datuk Mohammad Tufail Mahmud, telah membuat laporan polis dengan menyatakan abangnya telah dikeluarkan dari hospital swasta menentang nasihat perubatan dan tanpa kelulusan keluarganya.

Datuk Tufail berkata, beliau dan keluarganya “sangat bimbang” tentang kesihatan dan keselamatan mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak itu.

Laporan Datuk Tufail pada 4 Februari, 11 malam, dibuat beberapa jam selepas laporan berasingan dilaporkan oleh doktor pada 1.48 pagi pada hari yang sama.

Menurut laporan doktor itu, yang telah tular di media sosial, Tun Taib telah “dilarikan” oleh isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, dari hospital pada hampir tengah malam pada 3 Februari menentang nasihat perubatan.

Laporan itu mendakwa bahawa Tun Taib diletakkan di atas kerusi roda oleh pembantu dan pengawal peribadi Toh Puan Raghad dan dibawa masuk ke dalam satu kenderaan di luar pintu masuk utama hospital.

Bagaimanapun, Toh Puan Raghad menafikan dakwaan tersebut dengan menyiarkan satu gambar di profil Instagram beliau yang menurutnya ialah satu nota daripada jururawat yang membenarkannya membawa keluar Tun Taib dari hospital. Namun, tulisan di nota itu terlalu kecil dan sukar dibaca.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan tersebut dan sedang meneliti perkara itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” kata Datuk Mancha dalam satu kenyataan pada 5 Februari.

Seksyen 336 merangkumi tindakan terburu-buru atau cuai yang membahayakan nyawa manusia atau keselamatan diri.

Tun Taib pernah berkhidmat tiga penggal sebagai Gabenor Sarawak dari 1 Mac 2014 hingga 26 Januari 2024 apabila Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggantikannya.

Beliau sebelum ini ialah ketua menteri paling lama berkhidmat di Sarawak dari 1981 hingga 2014.

Sementara itu, Datuk Mancha turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat palsu berkaitan perkara itu.

Beliau berkata mereka yang menyebarkan berita palsu boleh berdepan tindakan berfitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atau penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >