Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Menteri Asean ikrar tindakan bersama tangani pembakaran ladang

Oct 06, 2023 | 04:10 PM



KUALA LUMPUR: Menteri-menteri pertanian dan perhutanan Asia Tenggara bersetuju mengambil tindakan bersama untuk meminimumkan sekali gus menghapuskan pembakaran ladang di rantau ini.


Persetujuan itu dicapai ketika mutu udara dan kebimbangan mengenai jerebu rentas sempadan berlaku di beberapa negara Asean ketika ini.

Ikrar itu dizahirkan bersama dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Asean di Malaysia.

Negara-negara terbabit juga mengesahkan mengenai “kesan buruk alam sekitar dan kesihatan ekoran amalan pembakaran tanaman” malah menyatakan komitmen untuk mengurangkan dan menghapuskannya secara bersama.

“Mesyuarat ini mengiktiraf keperluan untuk mencari alternatif yang mampan bagi pembakaran tanaman, termasuk penggunaan amalan pertanian yang inovatif dan mesra alam,” lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Ikrar itu dibuat ketika mutu udara mencecah tahap tidak sihat di beberapa bahagian di Malaysia sejak beberapa hari kebelakangan ini, selepas beberapa minggu peningkatan pencemaran dari Indonesia.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam temu bual dengan Reuters pada Khamis menggesa Indonesia dan Asean mengambil tindakan apabila mutu udara semakin teruk.


Encik Nik Nazmi malah menyatakan ia berpunca akibat pembakaran tanaman di Indonesia.

Hampir setiap kali musim kemarau, asap daripada kebakaran untuk pembukaan tanah ladang kelapa sawit dan pulpa serta kertas di Indonesia menyelubungi sebahagian besar wilayah itu.

Ia membawa risiko kepada kesihatan awam dan pengendali pelancongan dan syarikat penerbangan.

Kebanyakan syarikat yang memiliki ladang itu adalah syarikat asing atau syarikat tersenarai asing.

Jakarta bagaimanapun menafikan mengesan sebarang asap merentas sempadannya ke Malaysia.

Mesyuarat Asean juga bersetuju membangun dan melaksanakan kempen pendidikan serta program latihan mengenai amalan pertanian mampan, menyediakan panduan teknikal mengenai kaedah alternatif untuk pembersihan tanah.

“Ini memerlukan usaha bersama, komitmen berterusan dan kerjasama dalam kalangan (anggota Asean) petani, masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan yang berkaitan,” katanya.

Para menteri juga bersetuju untuk menyemak dan mengemas kini peraturan dan garis panduan sedia ada dengan tujuan menghapuskan penggunaan antimikrob dalam pengeluaran makanan secara berperingkat, kata mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >