Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MIC, MCA akan bantu menangkan calon BN

Jul 11, 2023 | 04:37 PM



KUALA LUMPUR: Keputusan parti komponen Barisan Nasional (BN), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, bukan langkah memboikot gabungan itu dan PRN.


Sebaliknya, ia adalah keputusan konsensus dan dibuat berdasarkan peluang calon Umno yang dilihat lebih cerah untuk memenangi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang bakal ditandingi BN.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, berkata keputusan itu pernah dilakukan sebelum ini, iaitu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland pada 2019, yang menyaksikan kerusi tradisi MIC diberikan kepada calon UMNO dan berjaya dimenangi BN pada PRK itu.

“Tidak timbul soal kita memboikot (PRN)… kita ambil semangat atau spirit Cameron Highland (PRK)…kita lihat peluang Umno menang lebih cerah… jadi kita beri laluan pada mereka bertanding.


“Keputusan ini ialah soal kemenangan BN… kemenangan BN lebih penting daripada kemenangan parti secara individu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Isnin malam, di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

Datuk Saravanan berkata, walaupun MIC dan MCA tidak bertanding, sebagai parti komponen BN, jentera masing-masing akan menyokong dan membantu sepenuhnya kempen calon Umno bagi memenangi PRN itu.

Senada dengan beliau, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon, juga menegaskan MCA akan terus menyokong calon BN dan memastikan kemenangan di setiap kerusi DUN yang ditandingi.

Terdahulu, mesyuarat berlangsung selama lebih sejam itu dipengerusikan Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan dihadiri pemimpin tertinggi BN, antaranya Bendahari Agung BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beberapa pemimpin tertinggi parti komponen gabungan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dalam kenyataan sejurus tamat mesyuarat itu memaklumkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi BN menghormati keputusan dan komitmen parti komponen BN bagi memastikan kemenangan di semua kawasan yang ditandingi.

Beliau berkata, kerjasama di antara parti komponen Kerajaan Perpaduan juga akan diperkukuh dan dipertingkatkan. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >