KUALA LUMPUR: Had usia membeli dan menjual rokok dicadang dinaikkan kepada 21 tahun berbanding 18 tahun ketika ini, lapor mStar Online.
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, berkata, perkara itu merupakan antara intipati cadangan dimasukkan dalam undang-undang baharu yang akan dibentang di Dewan Rakyat selewat-lewatnya tahun hadapan.
Kementerian Kesihatan Singapura sebelum ini juga menyatakan pemerintah akan mencadangkan perubahan perundangan bagi Akta Rokok ke Parlimen dalam masa setahun, merangkumi penjualan tembakau kepada golongan bawah 21 tahun serta pembelian, penggunaan dan pemilikan produk tembakau.
"Kita telah cadang dan menyerahkan kepada pegawai undang-undang kita untuk dikaji dan urusan telah dibuat dengan semua pemegang taruh," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) berkenaan usaha kerajaan menangani fenomena perokok pasif.Perokok pasif ialah mereka yang tidak merokok namun menghirup asap rokok daripada mereka yang merokok di sekitarnya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang melihat cara pengiklanan syarikat rokok khususnya di premis menjual makanan.
"Kalau kita pergi kedai nasi kandar sebagai contoh, di belakang kaunter ada penuh rokok, ini kita sedang kaji sama ada boleh masuk dalam akta baharu ini, larangan meletak rokok di belakang kaunter sebagai iklan," katanya.
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika

Menurut Dr Hilmi, kawalan hasil tembakau pada masa ini tertakluk di bawah Akta Kawalan Makanan 1983.
Menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai sejauh mana kejayaan kempen anti merokok dijalankan kerajaan, Dr Hilmi berkata kajian mendapati kadar penurunannya tidak signifikan.
Beliau berkata Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati trend merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas adalah 24 peratus berbanding dapatan NHMS 2011 iaitu 24.6 peratus.
"Saya mengakui kempen kurang berjaya, beza sikit sangat, 0.6 peratus amat rendah, bagaimanapun kita takkan putus asa," katanya. - mStar Online