Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tiada rancangan isytihar darurat susuli gelombang haba

May 17, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Tiada rancangan segera untuk mengisytiharkan darurat walaupun berlaku gelombang haba di beberapa kawasan di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Beliau berkata kerajaan Malaysia bagaimanapun bersedia berbuat demikian jika keadaan memerlukannya.



"Darurat? Belum lagi tetapi kita sudah bersedia. Kita gunakan arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai melaksana langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.



"Kita pakai arahan No. 20… kita sedang pantau 24 jam kalau ada darurat kita akan buat pengumuman.



"Buat masa ini belum lagi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada Selasa.



Datuk Ahmad Zahid berkata keadaan cuaca semasa akan berlarutan sehingga September dan suhu dijangka mencecah melebihi 40 darjah Celcius pada Ogos.



Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai panggilan yang dibuat oleh Gabungan Kecemasan Iklim Malaysia, yang mahu kerajaan menganggap suhu tinggi sekarang sebagai impak kecemasan iklim.



Gabungan itu juga mahu kerajaan membuat pelan tindakan gelombang haba dan menjalankan penilaian kerentanan dalam usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.



Menurut mereka, kematian yang berlaku di Kelantan baru-baru ini akibat strok haba menunjukkan betapa gentingnya situasi yang sedang dihadapi.



Berdasarkan Perkara 25 Arahan MKN No. 20, Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa.



Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan pemulihan kepada mangsa bencana akan dikendali dan dibiayai Kerajaan Persekutuan mengikut kementerian atau jabatan berkaitan. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >