Nahas MH17: Mangsa pertama dikenal pasti

PETALING JAYA (Selangor): Tiga minggu selepas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH17 membawa 298 orang ditembak jatuh, mangsa pertama dari Malaysia telah dikenal pasti.

Cik Elaine Teoh, 27, dari Pulau Pinang, dipercayai menjadi mangsa pertama Malaysia yang dikenal pasti oleh pakar forensik dari Belanda.

Mendiang, seorang lulusan Universiti Melbourne, dikatakan telah dikenal pasti sejak dua hingga empat hari lalu.

Pihak polis dan MAS dikatakan telah menghantar wakil untuk memberitahu ibu bapa Cik Teoh mengenai pengenalan itu.

Difahamkan, teman lelaki Belanda mendiang, Encik Emiel Mahler, berusia 27 tahun, yang berada bersama Cik Teoh dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, masih belum dikenal pasti.

Kedua-dua mendiang Teoh dan Mahler bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Portugal dan Belanda.

Dilaporkan sebelum ini bahawa kawan baik mendiang Teoh, Encik Tan Sook Theng, telah dijadualkan untuk mengambil pasangan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA apabila mereka sepatutnya tiba pada 18 Julai. - The Star

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.