Netanyahu arah balas serangan roket pejuang Palestin

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah mengarahkan tentera Israel agar membalas serangan roket oleh pejuang Palestin ke negara itu selepas gencatan senjata tiga hari tamat 1 tengah hari tadi, waktu Singapura.

"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Israel sudah mengeluarkan arahan kepada IDF (Angkatan Tentera Israel) untuk membalas serangan Hamas yang mengingkari gencatan senjata," kata pegawai Israel dalam satu kenyataan.

Beberapa jam sebelum gencatan senjata berakhir, pejuang Palestin telah melancarkan dua roket yang mengarah ke selatan Israel.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Sedang Israel ingin melanjutkan gencatan senjata tanpa batas waktu, Hamas pula berkata, Israel menolak tuntutan pergerakan itu dalam beberapa perkara.

Perang antara Israel dan pergerakan Hamas di Jaluran Gaza berlangsung selama 29 hari, bermula 8 Julai lalu.

Ia berakhir pada Selasa lalu menyusuli gencatan senjata 72 jam.

Ia telah menyebabkan kematian lebih 1,800 penduduk Gaza dan hampir 10,000 orang cedera dengan ribuan rumah, prasarana utama musnah. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.