Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakatan Rakyat kekal Dr Wan Azizah calon MB Selangor

Aug 17, 2014 | 10:58 PM



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan hanya menghantar satu nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai calon menteri besar Selangor yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Keputusan itu dibuat setelah calon kedua yang dicadangkan Parti Agama SeMalaysia (PAS) awal hari ini, Encik Mohamed Azmin Ali, menolak dirinya daripada dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah.


"Saya patuh kepada keputusan dibuat parti melalui perbincangan dalam PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah," kata Encik Azmin ketika sidang media pimpinan pusat PR di Subang Jaya, Selangor hari ini.


Sidang media berkenaan diadakan sejurus selepas pemimpin tertinggi parti pembangkang itu bermesyuarat lebih dua jam petang ini.


Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, majlis pimpinan PR menghargai keputusan PAS kekal dalam PR dan bersetuju dengan keperluan menggantikan menteri besar Selangor.


"Majlis pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Dr Wan Azizah dan Azmin untuk jawatan menteri besar," katanya.


Datuk Seri Anwar berkata, ekoran kesepakatan tersebut, PR kini akan meneruskan proses selanjutnya dengan mempersembahkan nama Dr Wan Azizah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Turut hadir dalam sidang tersebut Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Encik Mohamad Sabu, dan beberapa pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti komponen PR.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Dr Wan Azizah bagaimanapun tidak kelihatan.


Encik Mohamad berkata, urusan dengan istana akan dilakukan secepat mungkin selepas Azmin mengambil keputusan menolak pencalonannya sebagai menteri besar.


"Azmin patuhi keputusan parti. Oleh itu urusan dengan istana akan dibuat secepat mungkin," katanya, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.


PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Dr Wan Azizah menggantikan Khalid.


Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Encik Azmin sebagai calon lain bagi jawatan berkenaan.


PAS juga mengambil ketetapan mengekalkan 4 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mereka dalam pentadbiran Selangor.


Dalam respons balas Tan Sri Khalid kepada keputusan PAS, pemimpin Bebas itu akan memohon menghadap Sultan bagi mendapatkan nasihat seterusnya berkenaan status beliau.


Tan Sri Khalid juga berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka. - The Malaysian Insider.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >