Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Palang Merah bantu 1 juta mangsa terselamat gempa bumi di Turkey dan Syria

Feb 10, 2024 | 04:36 PM



Palang Merah Singapura (SRC) telah membantu hampir satu juta orang di Turkey dan Syria selepas dua gempa bumi dahsyat melanda kedua-dua negara pada 6 Februari 2023.

Jurucakap pertubuhan kemanusiaan itu memberitahu The Straits Times pada 9 Februari bahawa ia telah mengumpulkan kira-kira $8 juta setakat ini untuk menyokong mereka yang terjejas akibat bencana alam itu.


Dua gempa bumi masing-masing berukuran 7.8 dan 7.6 skala ritcher itu telah mengorbankan lebih 53,000 orang di Turkey dan hampir 6,000 di negara jiran Syria. Berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal.

Terdapat limpahan besar bantuan dan sokongan antarabangsa. Kontinjen seramai 68 anggota dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah membantu menyelamatkan dua mangsa yang terselamat pada hari-hari selepas gempa itu berlaku.

Sekitar dua minggu selepas bencana itu, ST melaporkan bahawa individu dan badan-badan di Singapura telah mengumpulkan hampir $9 juta dana untuk mangsa yang terselamat.

Pada Ogos, pertubuhan bukan pemerintah, Mercy Relief, telah menyumbangkan 20 rumah kontena bernilai $180,000.

Pada 8 Februari, ketua eksekutif World Vision Singapore, Encik Benjamin Tan, berkata respons kemanusiaan pertubuhan antarabangsa mereka pada tahun lalu telah memanfaatkan kira-kira dua juta orang di kawasan yang dilanda gempa bumi di barat laut Syria dan selatan Turkey.

Bantuan yang dihulurkan termasuk pemakanan, sanitasi dan kebersihan. Ia turut membantu lebih 100,000 kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial.

Jurucakap SRC berkata bahawa dalam usaha menyokong operasi kemanusiaan Bulan Sabit Merah Turkey untuk menangani penyakit yang merebak menerusi air dan berkaitan kebersihan, ia telah menghantar 20 penapis air ke kawasan khemah perlindungan di wilayah yang terjejas sejurus selepas gempa itu.

Beliau berkata SRC juga membantu menubuhkan bilik darjah kontena di Hatay - wilayah yang paling teruk dilanda bencana.

Jurucakap itu menambah bahawa SRC kini bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Turkey untuk mengendalikan program ruang angkasa mudah alih mesra kanak-kanak di sana.

Ruang tersebut menawarkan aktiviti melibatkan kanak-kanak berumur antara empat dengan 18 tahun dalam program sokongan psikologi, perlindungan kanak-kanak, perpaduan sosial, pemerkasaan belia dan program pembangunan kemahiran.

Jurucakap itu berkata: “Aktiviti untuk kanak-kanak merangkumi topik mengenai privasi, nilai, kebersihan persekitaran, komunikasi dan kesihatan pergigian.”

Beliau menambah bahawa remaja menerima pendidikan tentang trauma, tindak balas tekanan selepas trauma, hubungan rakan sebaya dan pengurusan emosi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >