Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen Indonesia lulus peruntukan had umur calon Presiden dalam pilihan raya

Nov 01, 2023 | 02:54 PM



JAKARTA: Badan perundangan Indonesia yang dikenali sebagai Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) menyetujui peruntukan yang disemak dalam Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) berkaitan had umur calon presiden untuk bertanding pada pilihan raya umum.


DPR secara rasmi meluluskan semakan itu semasa sidang umum bersama penyelenggara pilihan raya – iaitu KPU, Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu), dan Dewan Kehormatan Pilihan Raya Umum (DKPP).

Peruntukan yang disemak mengenai Perkara 169 Undang-Undang Pemilihan Umum, menyusuli keputusan Mahkamah Konstitusi. Perkara itu memperuntukkan bahawa had umur untuk bertanding jawatan presiden atau wakil presiden dalam pilihan raya umum adalah 40 tahun atau telah atau dipilih dalam pilihan raya umum sebagai ketua daerah.

“Bawaslu dan KPU sentiasa pakai (peruntukan) yang diatur sebagai undang-undang. “Oleh itu, jika ada semakan, mereka perlu menyesuaikannya,” kata Ketua Komisi II, Encik Ahmad Doli Kurnia, ketika ditemui pada Selasa.

Akhbar Tempo memetik beliau sebagai berkata dalam perbicaraan itu, Encik Doli membacakan rumusan tanpa menjelaskan mana-mana di antara sembilan pecahan politik yang hadir, bersetuju atau tidak dengan draf semakan Peraturan KPU No. 19 Tahun 2023.


Terdahulu, keputusan Mahkamah Konstitusi membuka jalan kepada anak presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, iaitu Encik Gibran Rakabuming Raka, untuk bertanding bagi jawatan naib presiden bersama Encik Prabowo Subianto. Encik Gibran kini berusia 36 tahun.

Susulan kelulusan semakan Peraturan KPU itu, Ketua KPU, Encik Hasyim Asy’ari menyatakan prosedur buat masa ini menunggu peraturan itu diisytiharkan oleh Kementerian Penyelarasan Politik, Undang-undang dan Keselamatan.

Sementara itu, Ketua Hakim Negara Mahkamah Perlembagaan, Encik Anwar Usman, menafikan dakwaan beliau melobi hakim lain berhubung keputusan mahkamah mengenai syarat umur minimum bagi calon presiden dan naib presiden.

“Tiada melobi sedemikian,” katanya kepada wartawan di luar bangunan mahkamah, selepas disoal oleh Majlis Kehormat mahkamah pada Selasa lalu.

Dalam Ketetapan mengenai kelayakan calon presiden dan naib presiden, tiga daripada sembilan hakim mempunyai pendapat yang berbeza dan mencadangkan mahkamah menolak saranan itu. Dua hakim yang lain mempunyai pendapat yang bersetuju.

Encik Anwar juga menyangkal tanggapan bahawa terdapat konflik kepentingan dalam keputusan itu. Oleh kerana ia adalah perbicaraan mengenai norma undang-undang, beliau berhujah bahawa kepentingan semua rakyat Indonesia dipertaruhkan.

Ketika ditanya mengenai perbicaraan etika itu, Encik Anwar berkata ia berkaitan dengan isu yang tersebar di media. “Mari kita tunggu keputusan majlis,” katanya.

Minggu lalu, Mahkamah Perlembagaan Indonesia menubuhkan panel bagi menyiasat konflik kepentingan yang disyaki berlaku dalam keputusan mahkamah minggu lalu sehingga membuka laluan kepada seorang anak Presiden Joko Widodo untuk bertanding bagi jawatan naib presiden dalam pilihan raya tahun depan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >