Parti baru Mahathir akan mohon kelulusan tidak lama lagi

KUALA LUMPUR: Mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak lama lagi akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi pembentukan sebuah parti baru yang akan termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Butir-butir seperti nama parti itu, dan apakah ia akan menyelaraskan dirinya pada pakatan pembangkang utama, Pakatan Harapan, tidak didedahkan.

"Satu mesyuarat mengenai parti baru yang diadakan di kediaman Dr Mahathir malam tadi berjalan lancar. Saya akan mengemukakan permohonan kepada ROS tidak lama lagi," tulis Tan Sri Muhyiddin di laman Facebook beliau pada Khamis (4 Ogos).

"Mari kita berdoa agar permohonan itu diluluskan. Insya-Allah, kami akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara ini."

Beliau melampirkan gambar mesyuarat itu, yang dihadiri oleh Tun Mahathir; Tan Sri Muhyiddin; mantan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir; dan Encik Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Antara orang lain yang hadir ialah bekas anggota sayap wanita Umno Langkawi, Cik Anina Saadudin, aktivis politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan bekas ketua cawangan Umno dari Negeri Sembilan, Encik Kamarul Azman Habibur Rahman.

Ketika dihubungi, Syed Saddiq berkata tujuh orang dalam gambar itu, termasuk dirinya, akan menjadi ahli pengasas parti itu.

"Ada kata sepakat dalam kalangan kami untuk menubuhkan parti itu dan menyerahkan borang pendaftaran kepada ROS. Itulah yang kami boleh dedahkan buat masa ini," katanya.

Nama parti itu akan diumum hanya selepas ia diluluskan oleh pendaftar, ujar beliau.

Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz antara pengkritik kuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal kewangan melibatkan syarikat dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Para pemimpin daripada Pakatan Harapan berkata mereka bersedia bekerjasama dengan parti baru itu

Parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Umno mempunyai sejarah bercampur-campur.

Parti Negara bertahan kurang satu dekad pada 1960, dan Semangat 46 bertakat hanya selama dua pilihan raya umum pada 1990-an.

Sebaliknya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diketuai mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, sekarang mempunyai 29 Anggota Parlimen dalam Parlimen federal sebanyak 222 kerusi dan merupakan parti utama di Selangor, negeri paling maju di Malaysia. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.