Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti Move Forward Thai umum tubuh kerajaan campuran

May 19, 2023 | 05:30 AM



BANGKOK: Parti Move Forward (MFP) mengumumkan pada Khamis penubuhan sebuah kerajaan campuran, terdiri daripada lapan parti politik, dengan majoriti dalam Parlimen, walaupun mungkin mendapat tentangan daripada para senator yang dilantik, yang mengancam untuk menggagalkan rancangan penubuhan kerajaan campuran itu.



Diterajui oleh MFP, yang memperoleh 153 daripada 500 kerusi Parlimen, tujuh parti politik dengan sejumlah 161 kerusi bersetuju menyokong pemimpin MFP, Encik Pita Limjaroenrat, untuk memegang jawatan perdana menteri.



"Kami yakin dapat membentuk sebuah kerajaan," kata Encik Pita dalam satu sidang akhbar di Bangkok pada Khamis.



"(Kerajaan) campuran ini pasti dibentuk. Ini satu momentum, ada progres dan kami juga mempunyai rancangan yang jelas mulai hari ini hingga hari saya menjadi perdana menteri," kata beliau.



Kumpulan kerja telah dibentuk bagi menyelesaikan perbezaan di kalangan parti-parti dan bagi melicinkan proses peralihan kuasa, mengelakkan terjadi keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan negara atau ekonomi, katanya.



"Ini adalah sebuah kerajaan harapan, kerajaan perubahan," ujarnya.



"Kami akan setia kepada keinginan rakyat dan akan menjadi sebuah kerajaan untuk semua orang."



Butir lanjut mengenai kerajaan campuran itu akan diumumkan pada 22 Mei ini.



MFP, parti muda dan progresif, berikrar mengurangkan pengaruh tentera dan membebaskan sektor eknomi daripada monopoli, mencapai kemenangan mengejutkan dalam pilihan raya yang berlangsung pada Ahad lalu itu.



Ia memperoleh 36.23 peratus undi, menurut kiraan awal.



Ia bukan saja membenam parti protentera yang memerintah, malah mengalahkan parti Pheu Thai, yang pernah menang pilihan raya beberapa kali sebelumnya.



Lain-lain parti yang akan menyertai kerajaan pimpinan MFP itu termasuk Pheu Thai, Prachachart, Thai Sang Thai, Seri Ruam Thai, Fair, Pue Thai Rumphlang dan Plung Sungkom Mai.



Encik Pita, 42 tahun, berkata beliau bersedia untuk menjadi perdana menteri dan berkhidmat untuk semua rakyat Thailand.



Tetapi sistem politik yang dibentuk oleh tentera membenarkan pelantikan 250 kerusi Senat, untuk memilih seorang perdana menteri bersama-sama 500 kerusi parlimen.



Seorang calon perdana menteri perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 376 kerusi Senat dan Parlimen, untuk memimpin negara itu.



Ini bermakna, sekalipun perikatan parti yang menyokong Encik Pita menguasai Parlimen dengan 313 kerusi, laluan beliau untuk memegang kuasa mungkin masih boleh tergendala.



Beberapa orang senator yang dihubungi media tempatan menzahirkan keraguan untuk menyokong Encik Pita menjadi perdana menteri, dengan alasan bahawa MFP akan membuat pindaan terhadap undang-undang kuasa Raja.



Sementara itu, Parti Bhumjaithai yang dikatakan memperoleh 70 kerusi dalam pilihan raya pada Ahad lalu, berkata pada Rabu bahawa mereka tidak akan menyokong seorang perdana menteri yang berhasrat untuk meminda atau menghapuskan undang-undang kuasa Raja.



Ia selanjutnya berkata bersedia menjadi pembangkang jika kerajaan yang dibentuk itu mempunyai agenda sedemikian.



Parti Bhumjaithai adalah anggota kerajaan yang lalu, pimpinan bekas junta, Encik Prayut Chan-o-cha. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >