Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasaran global jatuh teruk

Aug 25, 2015 | 08:44 AM



RATUSAN bilion dolar hilang daripada nilai pasaran global hari ini apabila pelabur panik membuat pasaran saham dalam keadaan kelam-kabut.


Kerugian pada Isnin Hitam itu, gelaran bagi keadaan tidak terkawal tersebut, tidak pernah dilihat sejak zaman gelap krisis kewangan, dan tidak kelihatan akan berakhir, menurut penganalisis.


Kejatuhan pasaran Asia dan Eropah semalam dicetuskan oleh kejatuhan Jumaat lepas di Dow Jones Industrial Average, tetapi ada kemungkinan tiada keredaan hari ini disebabkan kejatuhan di Amerika Syarikat.


Apabila pasaran dibuka semalam, Dow jatuh 955.93 mata, atau 5.81 peratus, kepada 15,503.82; S&P 500 hilang 94.92 mata, atau 4.82 peratus, kepada 1,875.97; dan index gabungan Nasdaq merosot 378.08 mata, atau 8.03 peratus, kepada 4,327.96.


Semalam, bursa Singapura jatuh 4.3 peratus kepada 2,843.39 - kejatuhan satu hari paling besar sejak krisis kewangan global 2008. Ia kini hampir memasuki pasaran turun, setelah kehilangan hampir 20 peratus sejak paras tertinggi tahun ini April lalu.


Namun, ia tidak seteruk di China, di mana Shanghai ditutup 8.5 peratus lebih rendah, Shenzhen turun 7.7 peratus dan Hongkong merosot 5.2 peratus.


Di Jepun, saham Tokyo susut 4.6 peratus manakala Taiwan susut 4.8 peratus. Malaysia jatuh 2.7 peratus dan Jakarta menjunam hampir 4 peratus. Nilai ekuiti global telah kehilangan lebih AS$5 trilion ($7 trilion) sejak nilai yuan China diturunkan Beijing pada 11 Ogos lalu.


"Anda melihat ramai menyerah diri, orang menjual demi menjual sahaja dan ingin keluar dari pasaran," kata Encik Michele Santangelo, pengurus wang di firma Vunani Private Clients di Afrika Selatan.


Pengarah urusan Morgan Stanley Research, Encik Chetan Ahya, berkata "tidak mungkin" satu lagi krisis kewangan Asia berlaku "... tetapi itu tidak bermakna pandangan makro Asia dalam keadaan baik". - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >