Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Suku penduduk Gaza kini diancam kebuluran

Feb 28, 2024 | 01:33 PM



NEW YORK: Sekurang-kurangnya 576,000 atau seperempat penduduk Palestin di Jaluran Gaza, kini hanya selangkah daripada dicengkam kebuluran, kata seorang pegawai kanan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu Majlis Keselamatan pada 27 Februari.


Beliau memberi amaran bahawa kebuluran yang meluas mungkin “hampir tidak dapat dielakkan” tanpa sebarang tindakan diambil bagi mengatasinya.

“Sangat sedikit tindakan diambil sedang permusuhan berterusan dan terdapat risiko bahawa ia akan merebak ke kawasan sesak di selatan Gaza.

“Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami supaya dilaksanakan gencatan senjata,” kata pengarah Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Encik Ramesh Rajasingham.

Seorang daripada enam kanak-kanak di bawah umur dua tahun di utara Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan hampir kesemua 2.3 juta penduduk di kawasan Palestin bergantung kepada bantuan makanan yang “sangat tidak mencukupi” untuk terus hidup, katanya kepada Majlis Keselamatan.

Encik Rajasingham berkata PBB dan kumpulan bantuan menghadapi “halangan yang amat besar hanya untuk mendapatkan bekalan minimum ke Gaza”.

Ini disebabkan penutupan lintasan, sekatan ke atas pergerakan dan komunikasi, prosedur pemeriksaan yang menyusahkan, pergolakan dan jalan rosak, tambahnya.

Israel komited untuk membaiki keadaan kemanusiaan di Gaza, kata Timbalan Duta Besar Israel ke PBB, Encik Jonathan Miller, sambil menambah bahawa had ke atas jumlah dan kadar bantuan bergantung kepada kapasiti PBB dan agensi lain.

“Israel telah menjelaskan dasar-dasarnya. Tiada had langsung, dan saya ulangi, tiada had jumlah bantuan kemanusiaan yang boleh dihantar kepada penduduk awam Gaza,” kata Encik Miller kepada Majlis Keselamatan.

Amerika Syarikat menggesa sekutunya, Israel supaya memastikan lintasan sempadan dibuka untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan memudahkan pembukaan lebih banyak lintasan, kata Timbalan Duta Besar Amerika ke PBB, Encik Robert Wood, kepada Majlis Keselamatan.

“Program Makanan Sedunia (WFP) bersedia memperluas dan meningkatkan operasi kami dengan pantas jika terdapat perjanjian gencatan senjata”, kata Timbalan Pengarah Eksekutif WFP, Encik Carl Skau, kepada Majlis Keselamatan.

Peperangan di Gaza bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober 2023, membunuh lebih 1,400 orang dan menahan sekitar 240 yang lain sebagai tebusan.

Serangan balas Israel di Gaza sejak itu pula telah membunuh kira-kira 30,000 rakyat Palestin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >