Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Wujud pencabulan serius hak asasi etnik Uighur, minoriti Muslim di Xinjiang

Sep 02, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan menggemparkan yang mendakwa berlakunya pencabulan serius terhadap hak asasi manusia membabitkan etnik Uighur dan kumpulan lain yang kebanyakannya Muslim di wilayah Xinjiang, China.



Pemerintah China sebelum ini dikatakan berusaha menghalang laporan PBB itu.



Menurut laporan itu yang dikeluarkan di Geneva lewat kelmarin, tuduhan mengenai penyeksaan ke atas golongan itu adalah boleh dipercayai dan berkemungkinan berlaku jenayah kemanusiaan.



Laporan itu, yang mengambil masa kira-kira setahun disiapkan, dikeluarkan pada saat-saat terakhir sebelum Dr Michelle Bachelet menamatkan penggal empat tahunnya sebagai Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia.



Bekas Presiden Chile itu bertekad memastikan laporan itu siap dan diumumkan, meskipun berdepan tekanan hebat daripada Beijing.



China sudah bertahun-tahun didakwa menahan lebih sejuta individu etnik Uighur dan minoriti Muslim lain di wilayah Xinjiang, malah dituduh melakukan pelbagai penderaan.



Namun, Beijing menolak sekeras-kerasnya tuduhan terbabit dengan mendakwa negara itu menggerakkan pusat latihan vokasional di Xinjiang dengan tujuan menentang pengganasan.



Dr Bachelet memutuskan bahawa penilaian penuh perlu dilaksanakan terhadap situasi di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang (XUAR) itu.



"Pencabulan hak asasi manusia yang serius telah dilakukan di XUAR dalam konteks penerapan strategi menentang pengganasan dan ekstremisme oleh pemerintah," menurut laporan itu.



Hasil penilaian terbabit juga menggariskan kebimbangan akan layanan ke atas mereka yang ditahan dalam tempat yang dipanggil 'Pusat Latihan dan Pendidikan Vokasional' di China itu.



"Tuduhan mengenai bentuk penyeksaan atau layanan buruk, termasuk rawatan perubatan secara paksaan dan keadaan penahanan yang teruk, adalah boleh dipercayai, malah begitu juga dengan dakwaan berhubung insiden keganasan seksual dan berasaskan jantina membabitkan individu.



"Tahap penahanan sewenang-wenang serta diskriminasi ke atas etnik Uighur dan kumpulan lain yang kebanyakannya Muslim, menurut undang-undang serta dasar dalam konteks sekatan dan rampasan secara umumnya terhadap hak asasi yang dinikmati secara individu serta kolektif, berkemungkinan merupakan jenayah antarabangsa, khususnya jenayah terhadap kemanusiaan" kata laporan itu lagi.



Laporan itu sekali gus menggesa Beijing, PBB dan seluruh dunia supaya memberi tumpuan kepada situasi yang digambarkan di Xinjiang itu.



Sementara itu, Duta China ke PBB di New York, Encik Zhang Jun, berkata Beijing telah menegaskan kepada Dr Bachelet bahawa negara berkenaan 'menentang sekeras-kerasnya' penilaian itu.



"Apa dipanggil sebagai isu Xinjiang itu adalah pembohongan yang direka sepenuhnya atas motivasi politik, dan sudah tentu tujuannya ialah mahu menggugat kestabilan serta menghalang pembangunan China," katanya kepada wartawan.



Encik Zhang mendakwa Dr Bachelet sepatutnya kekal 'bebas' dan tidak tunduk kepada 'tekanan politik' daripada negara Barat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >