Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PDI-P dilapor ‘berlembut’ terhadap Jokowi demi raih sokongan untuk Ganjar

Dec 18, 2023 | 02:06 PM



JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) sedang mengubah nadanya pada retorik kerasnya terhadap anggota terkemuka, Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, selepas populariti parti terbesar negara itu dikatakan merosot dan diatasi oleh kem saingan yang telah menjadikan dirinya sebagai juara kesinambungan.


Sejak Encik Jokowi membiarkan anaknya, Encik Gibran Rakabuming Raka, bertanding di atas tiket pesaing PDI-P sebagai pasangan Encik Prabowo Subianto, parti itu telah melancarkan serangan terhadap Encik Jokowi.

Bagaimanapun, PDI-P, kini kelihatan bertukar nada kerana ia menggambarkan lawatan kerja Encik Jokowi yang dianggap berunsur politik ke Jawa Tengah, sebagai cara Presiden masih menyokong rakan seperjuangannya dan calon presiden, Encik Ganjar Pranowo, yang merupakan mantan gabenor wilayah itu.

Jawa Tengah merupakan salah satu kubu kuat PDI-P dan sumber utama undi Encik Jokowi pada Pilihan Raya Presiden 2014 dan 2019, apabila beliau bertanding dengan sokongan parti tersebut.

“Pak Jokowi membantu Pak Ganjar,” kata Setiausaha Agung PDI-P, Encik Hasto Kristiyanto, pada 16 Disember, dipetik oleh The Jakarta Post.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai ikrar yang dibuat Encik Jokowi awal minggu lalu di hadapan petani di Jawa Tengah, bahawa beliau akan menambah baik program baja bersubsidi untuk meningkatkan hasil pengeluaran beras.

Ancaman kekurangan baja telah memburukkan lagi kebimbangan keselamatan bekalan sumber makanan itu, di mana Jawa Tengah merupakan wilayah pengeluar beras terbesar di Indonesia.

Isu pengendalian baja semasa Encik Ganjar memegang jawatan sebagai gabenor di Jawa Tengah, telah dibangkitkan dalam debat presiden pertama, oleh pesaingnya, Encik Prabowo, yang mengatakan bahawa petani tempatan telah mengadu tentang salah urus.

Menjelang penghujung tempoh memegang jawatan, Encik Jokowi melawat beberapa wilayah pangkalan tradisionalnya, termasuk Jawa Tengah dan Jawa Timur, minggu lalu.

Di sana, beliau bertemu dengan penduduk tempatan dan mengedarkan bantuan sosial.

Lawatan kerja Encik Jokowi ke Nusa Tenggara Timur (NTT) awal Disember, telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau cuba membayangi Encik Ganjar, untuk mengekalkan popularitinya di wilayah itu daripada beralih kepada mantan gabenor tersebut.

Spekulasi itu segera dinafikan Encik Jokowi.

Tetapi PDI-P mengelak daripada menyertai suara-suara kritikan.

“Apabila Pak Ganjar pergi ke NTT dan tidak lama selepas Pak Jokowi pergi ke sana juga, orang melihat ini sebagai Pak Jokowi berdiri di belakang Pak Ganjar,” tambah Encik Hasto.

Penganalisis berkata sikap berlembut PDI-P dan Encik Ganjar melancarkan serangan terhadap Encik Jokowi, yang telah berjaya mengekalkan sokongan pada tahun-tahun terakhir beliau berkuasa, mungkin satu percubaan untuk mengekalkan populariti Encik Ganjar.

Hanya dua bulan sebelum Pilihan Raya Presiden Indonesia dan perundangan Februari, tinjauan menunjukkan PDI-P dan Encik Ganjar, yang pada awalnya dianggap paling berkemungkinan untuk menggantikan Encik Jokowi, merosot dalam populariti.

Sejumlah besar individu yang mengundi Encik Jokowi pada 2014 dan 2019, telah mengalihkan sokongan mereka kepada Encik Prabowo.

Tinjauan oleh cabang penyelidikan harian Kompas mendapati, Encik Ganjar telah merosot ke tempat ketiga dengan sokongan sebanyak 15.3 peratus, ketinggalan di belakang Encik Anies Baswedan, pada 16.7 peratus, dan semakin jauh daripada Encik Prabowo yang merupakan pendahulu dengan 39.3 peratus. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >